Aku cukup bertuah ketika menghadiri PROJECT ALPHA SEASON 2 - OFFICIAL BLOGGERS LAUNCH tempoh hari. Hari itu merupakan hari yang bersejarah kerana aku telah diambil berlakon didepan kamera oleh pengarah dan juga kameraman yang tak berapa terkenal tetapi cukup terkenal dikalangan blogger iaitu tak lain tak bukan saudara "DAVID WONG the main man in charge of our fabulous online reality TV show Project Alpha " dari NUFFNANG.
Cukup teruja dengan LAUNCHING terutama dari sponser-sponser PROJECT ALPHA seperti ADIDAS ACTION 3.
Banyak produk adidas yang aku cukup suka selain bau wangi yang sesedap hidung aku menghidunya. Hampir kesemua produk ADIDAS ACTION 3 aku sempat abadikan dalam kamera aku tetapi aku paparkan satu disini.
Dengan sedikit tunjuk ajar dan ganjaran yang bakal aku dapat, maka tanpa berlengah aku terus memberi persetujuan dan menerima arahan dari beliau.."Camera, Rolling, and Action3!". Persedian tak cukup rapi, Make up person tak sempat nak tempah.
MUKA BAKAL FEATURED BLOGGER (Mungkin SEASON 3 atau SEASON 10)
Skrip pun aku tak baca, namun aku cukup berpuas hati dengan pengambaran ini kerana inilah video yang paling hebat yang pernah aku lihat disebabkan adengan sepontan tanpa skrip dan tanpa latihan yang mencukupi akhirnya telah berjaya dihasilkan. Tiada penapisan dilakukan kerana aku sememangnya mahu keaslian video ini dipertontonkan kepada semua orang.
JOM LAYAN VIDEO PROJECT ALPHA 2 EPISOD 11
Tipulah kalau aku katakan aku tak nak menang Audition ini. Aku rasa semua orang yang hantar Video kat RUUMZ rata-ratanya nak menang kalau boleh. Hanya sesiapa yang memiliki kreativity aku rasa akan berjaya tetapi tak semestinya yang tak kreatif tak boleh menang.
JOM LAYAN VIDEO PROJECT ALPHA 2 EPISOD 12
Apa yang aku harapkan kepada sesiapa yang belum mengundi aku untuk program Audition ini,sila VOTE "LIKE" untuk video audition aku ini ,itu pun kalau ada yang sudi nak vote,tak sudi pun boleh vote sekali aku tak marah.
JOM LAYAN VIDEO PROJECT ALPHA 2 EPISOD 13
Apa yang perlu korang buat sekira berminat untuk VOTE aku,sila klik dekat sidebar dimana terletaknya VIDEO aku. Apa yang korang perlu buat untuk VOTE cuma daftar dahulu untuk meneruskan undian.Tiada pembayaran diperlukan untuk memberi VOTE kesian korang kat aku. Jadi jangan tunggu lagi,teruskan niat baik korang untuk VOTE aku..
JOM LAYAN VIDEO PROJECT ALPHA 2 EPISOD 14


good luck jai
ReplyDeleteThanks kak ina,kalau kak ina masuk sure ramai peminat tuhhh..hehe
ReplyDelete