13 April 2010

WARGA ASING TERJUN DENGAN BAYI..KISAH BENAR GERAM!!

Aku cuma tidur satu jam je hari nie. Balik rumah pukul 5.15 pagi sebab pergi  ke HOSPITAL KERAJAAN  teman adik ipar aku hantar adik ipar beliau yang diserang sesak nafas. Alhamdullilah keadaan beliau dah stabil. Apa yang ingin aku ceritakan disini ialah berkenaan perkhidmatan di HOSPITAL KERAJAAN ini.


Sewaktu aku berada didalam Wad Kecemasan Spara Kritikal kelihatan seorang perempuan kesakitan. Mula-mula aku cuma endahkan,lagi pun perempuan tu terus dimasukkan kedalam kawasan kuning (rawatan spara kritikal). Dari pengamatan aku macam sesuatu patah (dalam hati aku berkata,mungkin beliau menahan kesakitan kut..)

Semasa pegi ke kawasan untuk X-RAY sekali lagi aku terjumpa perempuan ni. Lantas aku pun bertanya dengan pembantu am yang kebetulan menunggu giliran untuk X-RAY perempuan ni. Rupa-rupanya perempuan ni seorang warga asing . Baru lepas bersalin 2 ke 3 hari.

Aku tanya kat mamat pembantu am : kenapa perempuan tu bang? Lantas pembantu am tu pun cerita dengan sejujur-jujurnya. Perempuan ni baru nak keluar dari HOSPITAL selepas bersalin,tetapi ditahan untuk entah beberapa hari kerana belum membuat pembayaran.

Untuk warga asing,bayaran dikenakan kalau bersalin di HOSPITAL KERAJAAN dikenakan RM500. kalau rakyat tempatan seperti biasa hanyalah RM1 (selebihnya kerajaan tanggung kut..) Dipendekkan cerita yang aku tak puas hati tu, ada segelintir jururawat yang mulut celupar sangat (pembantu am itu sendiri bagitahu aku..tapi tak semuanya kut).

Selagi tak membuat pembayaran,anak perempuan itu akan ditahan sehingga semua pembayaran diselesaikan. Apa lagi kelam kabutlah perempuan tu. Mungkin selepas di "Psyco" oleh jururawat dan mungkin pada masa yang sama dimarahi,perempuan itu nekad melarikan diri dengan terjun dari tingkat 1. Yang mengejutkan dari cerita yang aku dengar dia terjun dengan BAYI YANG BARU LAHIR. Adeyy..

Nasib perempuan tu tak berapa baik ,kaki beliau patah dan syukur bayi beliau selamat. Moral dari cerita ini,memang aku seperti dah lali dengan segelintir jururawat yang berperangai tak "semengah" @ berlagak. Kalau perempuan itu dengan bayi beliau meninggal padan muka kamu.

Entah apa masalah dengan segelintir jururawat HOSPITAL KERAJAAN semacam tiada perasaan langsung? Diaorang ni tak pernah dihantar berkursus ker atau pergi kursus semata-mata taknak masuk keje? Nyawa itu penting tak kiralah pesakit itu warga mana,bangsa mana dan agama mana. Jangan dah terjadi sesuatu kepada pesakit atas kesilapan kamu semua baru terhegeh-hegeh nak buat baik dan perbetulkan keadaan.

Ubah-ubahkahlah perangai tu, jangan jadi merebak seumpama wabak atau bak kata pepatah "KERANA NILA SETITIK,ROSAK SUSU SEBELANGA" Aku tahu tak semua jururawat berperangai sebegini. Aku sekadar ingin meluahkan perasaan aku yang begitu geram dengan kejadian yang terjadi. 

Aku harap kalau ada jururawat-jururawat yang "SEGELINTIR" terbaca blog aku ini ubah-ubahlah perangai tu sebelum keadaan menjadi lebih parah.


BLOGGER WE CARE

4 comments:

  1. time pergi hospital o klinik mmg nurse2 ni mcm malas je layan pesakit.. mmg ler diorg tension kerja tp pesakit lagi sakit... sy kadang2 pun xsuka tgok diorg kerja main lewa je...

    ReplyDelete
  2. Eqah - Cerita betul2 terjadi..meraung2 warga asing tersebut..kesian pun ada..entahlah manusia sekarang ramai yang dah tak ada hati dan perasaan kut..

    nick - itulah pasal,dah diamanahkan..mulia sebenarnya kerja diaorang nie,cuma segelintir yang buat hal berlagak dan sebagainya..ingat pesakit tak penat macam diaorang kerr..hampeh

    ReplyDelete
  3. buat lah keje tu dengan ikhlas..kalo dah tahu nk buat perangai x ada hati perut...dulu kenape pilih pekerjaan yg melibatkan nyawa org...cari lah kerjaya lain. Lagipun org pegi sane org bayar juge walaupun RM1........keje lah dgn ikhlas..dunia ni berpusing mcm roda mane tahu nti bila ko dah tua dpt nasib cmtu juge...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails