28 April 2010

Road Trip with My Broadband

Perjalanan aku sebagai seorang blogger mula-mula hanyalah untuk suka-suka dan ingin mempelajari sesuatu benda yang berfaedah serta ingin berkawan seramai mungkin. Liku-liku sebagai seorang blogger sudah tentu  banyak cabaran maka disini aku ingin kongsikan aku punya "Road Trip with My Broadband" dan yang aku maksudkan adalah berkenaan broadband.


Broadband pertama aku yang aku guna pakai adalah MAXIS Broadband. Tetapi itupun aku hanya melayari internet melalui talipon. Aku teringin mencuba sesuatu yang lebih berkuasa,maka aku telah nekad untuk beli sebuah LAPTOP untuk mencapai kepuasan dalam berinternet.Maka bermulalah sejarah blogging aku.

Disebabkan aku masih baru dalam blogging dan kebetulan rakan-rakan aku ada melanggan P1 WIMAX Broadband,maka tanpa segan silunya aku offer diri aku untuk masuk dalam geng kongsi yang pada mulanya hanya 4 orang. Selepas persetujuan masing-masing,maka bermulalah pelayaran aku dengan menggunakan P1 WIMAX Broadband.

Tetapi sekarang aku inginkan sesuatu rekaan yang kecil,ringkas dan mudah dibawa kemana-mana,maka dengan ini aku bertekad untuk memiliki satu rekaan yang menarik minat aku,iaitu W1GGY,satu lagi inovasi yang cukup canggih keluaran P1 WIMAX.


Dengan reka bentuk terkini dan kepuasan penggunaan yang aku dengar selama ini membuat aku teruja untuk memiliki sebuah alat ini. Aku tidak perlu menoleh kebelakang untuk mengetahui sejarah P1 WIMAX kerana aku yakin inilah broadband yang aku idamankan bersama dengan W1GGY yang amat comel.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

2 comments:

  1. good luck bro..aku dah tak sempat join ko..dulu aku ade ckp kat staff suruh publishkan malam jadi ada chance utk yang bekerja join sekali...

    ReplyDelete
  2. Thanks bro..buleh lagi bro..cuba jerr..mana tahu entry yang awal ada silap ker..rezeki takkan kemana..

    P/S..Double Joy..2 entry lulus week 8a & 8b..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails