Ini adalah entry yang paling aku suka kerana sememangnya bila bercakap pasal "My Favourite Sport" aku suka bersukan sebenarnya dari dulu sehinggalah sekarang.Nak cerita pasal sukan ini sukar bagi aku memilih kerana bagi aku hampir ke semua sukan aku ceburi aku minati sebab aku suka bersukan.
Kalau aku cerita disini pasti ada yang bengkak mata sebab terlampau banyak sukan yang aku ceburi tetapi aku akan paparkan sukan yang paling aku suka.
KREDIT KEPADA ADIDAS
"My Favourite Sport" aku beri keutamaan adalah BOLA SEPAK. Terlampau banyak kenangan manis bila bercerita pasal bola sepak ini. Antaranya adalah aku pernah dipilih menjadi Penjaga GOL untuk mewakili Pasukan "Under 23" Sarawak yang mana aku terpaksa lupakan kerana aku melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Sememangnya BOLA SEPAK telah aku kenali sejak dari kecil lagi.
NOSTALGIA 1979
Aku pernah bermain dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan SARAWAK dan pernah menyertai pasukan yang dianggotai oleh bekas pemain Sarawak seperti Abu Bakar Amran, Razak Ismail dan Zaidel Sakub.
BEKAS PEMAIN KEBANGSAAN SARAWAK ( Zaidel,David Evans & Abu Bakar Amran)
Pernah mendapat jolokan BRUCE GROBBELAAR iaitu seorang penjaga goal pasukan LIVERPOOL didalam suratkhabar BORNEO POST Sarawak sekitar tahun 90an kerana corak permainan aku dipengaruhi oleh idola aku itu iaitu penjaga goal naik ke tengah padang.
IDOLA AKU BRUCE GROBBELAAR
Aku mempunyai satu kegemaran atau lebih kepada permintaan semasa aku menyertai pasukan dari SARAWAK iaitu barangan yang aku perlu bila menjadi Penjaga Goal adalah barangan sukan hanya dari ADIDAS.Sememangnya aku banyak mengecapi kejayaan bersama dengan barangan jenama ADIDAS.
KOLEKSI SARUNG TANGAN JENAMA ADIDAS AKU
Sesungguhnya hampir kesemua sukan yang aku ceburi kebanyakannya akan menyebabkan badan berpeluh dan akan menyebabkan aku kurang selesa dan sudah pasti untuk menghilangkan keresahan aku ini,aku tetap dengan pilihanku sejak dari dahulu lagi iaitu barangan penjagaan dari jenama ADIDAS.
Sesungguhnya inilah pilihanku sejak dari dulu lagi dan aku aku turunkan ke generasi baru..



football! love the sport, but never play it =P
ReplyDeletewahhhhhhhh
ReplyDeleteprofesional keeper rupanye.... boleh arr kita setup team main kat liga malaysia
wahhh ... sukan yg jogger paling x pandai main.... skuash
ReplyDelete