01 April 2010

KHAS BUAT KELUARGA DIN BERAMBOI

Aku buat entry ini khas buat keluarga DIN BERAMBOI. Kenapa aku beriya-iya untuk follow kisah DIN BERAMBOI ini? Secara jujur aku tergerak hati untuk buat entry ini kerana aku pernah melalui situasi sebegini tetapi bukan aku. Maksud bukan aku yang masuk ICU tetapi adik ipar aku yang ditahan didalam ICU tahun lepas. Aku tahu bagaimana perasaan Keluarga beliau yang setia menunggu dengan berharap beliau sedar.Nak tidur pun tak boleh.

Berbalik cerita adik ipar aku,bila keluarga isteri aku menerima berita mengejut yang adik ipar aku dimasuki ke ICU dan keadaan menjadi keliru. Mana tidak,sewaktu kejadian, adik ipar aku berada di Melaka kerana beliau belajar di salah sebuah IPTA disana. Maka dengan segeranya persiapan dibuat untuk menuju ke bandar Melaka pada malam itu juga. Aku memandu kenderaan aku bertemankan Ibu mertua, bapa mertua dan adik ipar aku seorang lagi.

Nak tahu aku sekeluarga berangkat dari Klang Selangor menuju ke Melaka lebih kurang dekat pukul 10.30mlm dan aku boleh tak sedar yang aku telah memandu kenderaan begitu laju dek kerana risaukan keadaan adik ipar aku yang ditahan di Hospital Melaka. Lebih kurang 11.15mlm aku sekeluarga sampai di Hospital Melaka yang mana kalau dari Klang ikutkan perjalanan biasa mengambil masa dalam 2jam.

Sampai diperkarangan Hospital Melaka kelihatan saudara mara yang tinggal di Melaka dan juga rakan-rakan adik ipar aku setia menunggu di hadapan pintu  kecemasan.Masing-masing risau. Adik ipar aku dimasukkan ke ICU disebabkan terkena sengat obor-obor berbisa dan kejutan alahan (allergic shock) kepada bisa tersebut sehingga menyebabkan beliau tidak boleh bernafas.Kejadian ini berlaku setelah beliau dan rakan-rakan beliau pergi mandi dipantai yang cukup terkenal di Melaka iaitu Tanjung Bidara. Beliau telah diberi ubat tahan sakit dan juga ubat tidur selepas keadaan beliau yang tidak dapat dikawal kerana meronta-ronta kesakitan (bayangkan kalau kita yang kena seumpama sesak nafas nak sedut udara pun payah..seksanya...)

Doktor telah memberitahu kepada keluargaku bahawa mereka terpaksa menggunakan "Life support" untuk membantu adik ipar aku bernafas kerana keadaan beliau ketika itu ditahap kritikal. Bermacam-macam benda yang difikir ketika itu,lebih-lebih lagi orang tua aku bila mengenangkan nasib anak bungsu mereka menderita kesakitan. Tiada apa yang boleh diucapkan ketika itu cuma iringan doa sahaja yang dapat dipohon agar adik ipar aku berada didalam keadaan selamat.

Namun naluri manusia sentiasa memikirkan keadaan yang buruk akan berlaku bila berada didalam situasi sebegini. Doktor telah memberi  tempoh 24jam untuk beliau stabil dan sedar. Maka episod perit bermula iaitu PENANTIAN. Aku tak boleh nak tidur,duduk pun tak senang. Setelah menunggu sehingga subuh doktor telah mengarahkan agar keluargaku balik dahulu untuk mandi kerana keadaan belum ada perubahan. Kami akur dan pergi ke rumah saudara yang berdekatan untuk membersihkan diri dan kembali ke hospital lebih kurang sebelum pukul 8.00 pagi.

Sampai di Hospital tiada perubahan berlaku, mungkin kerana tempoh 24jam belum berakhir. Bertambah risaulah ahli keluargaku. Penantian suatu penyiksaan, itulah yang dapat aku katakan tetapi berkat kesabaran menanti akhirnya keluargaku mendapat berita gembira mengatakan adik ipar aku memberi respon. Itu adalah petanda baik. Maka legalah hatiku sekeluarga dan pasti beliau telah mengakhiri saat-saat kritikal beliau. Akhirnya adik ipar aku telah kembali bernafas secara normal tanpa dibantu dengan alat bantuan. Alhamdullilah.

Moral dari cerita aku ini adalah aku harap keluarga DIN BERAMBOI bersabar menanti walaupun penantian itu satu penyiksaan, Berkat kesabaran dan doa INSYALLAH segalanya akan berakhir jua. Aku sekeluarga disini berdoa agar DIN BERAMBOI kembali pulih seperti sediakala hendaknya dan redha dengan apa jua ketentuan dariNYA.

** Pukul 11.00 31.03.2010 keadaan DIN BERAMBOI masih dalam keadaan kritikal lagi dan maklumat dari UTUSAN ONLINE memberitahu beliau juga didapati menghidapi sindrom denggi mengejut. Bersama-samalah kita mendoakan beliau agar kuat semangat untuk melawan kesakitan dalam diri beliau dan pulih segera. Kepada keluarga beliau banyak bersabar dalam menghadapi dugaan ini. AMIN.


2 comments:

  1. pantai akt melaka macam banyak obor2 jer..
    mase mandi kat pengkalan balak pon ade gak...takot tol nak mandii
    tapi mandi gak..hehe

    ReplyDelete
  2. Tulah..just nak bagitahu sesiapa nak mandi pantai tuh jaga-jaga

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails