28 April 2010

KENANGAN DI ISTANBUL TURKEY @ TURKIYE

Kenangan aku melawat ke ISTANBUL TURKEY begitu menarik sekali. Aku suka dengan persekitaran di Turkey tetapi cuaca kadangkala merimaskan sehingga memaksa aku memakai baju sehingga 4 lapis iaitu 2 T-shirt 1 sweeter dan jaket ala-ala kulit (dari jauh macam jaket kulit tetapi pvc..hehe).Sesiapa yang alah pada kulit silap-silap bergaru malam.

HOTEL TEMPAT PENGINAPAN KITAORANG

Lawatan ini telah lama berlalu iaitu sekitar tahun 2006 namum kenangan tetap bersemadi diingatan. Kalau diberi peluang ingin aku kembali kesini sekali lagi bersama dengan keluargaku.Banyak kisah sejarah yang terdapat di TURKEY ini,tetapi aku hanya ingin kongsikan apa yang dipaparkan disebabkan 1001 macam cerita dan 1001 malam nanti korang tak abis baca.

BERLATARBELAKANGKAN BLUE MOSQUE "MASJID BIRU"

Keindahan BLUE MOSQUE atau dalam bahasa Turkey SULTANAHMED CAMII memukau aku dengan senibina dalaman yang cukup menarik. Dibina dalam tahun 1609 dan siap pada tahun 1616 atas arahan Sultan Ahmed 1 pemerintah zaman itu.

DIPINTU MASUK "AYA SOFIA"

Kecantikan sebuah lagi bangunan bersejarah iaitu 'AYA SOFEA' yang asalnya adalah sebuah gereja bertukar kepada masjid dan terakhir iaitu pada tahun 1935 telah diwartakan sebagai museum.


Cukup terkenal kerana memiliki beribu kedai cenderamata dan pelbagai barang dan merupakan bazaar yang tertua dan terbesar diistanbul. Dibuka sekitar tahun 1461. 

PINTU KEDUA YANG AKU TEMUI "THE GRAND BAZAAR KAPALICARSI"

Bazaar ini mempunyai empat pintu utama terletak di hujung dua jalan utama yang menyilang berhampiran sudut barat daya bazaar. Aku cuma menemui 2 pintu disebabkan terlampau penat berjalan dan kawasan memang teramatlah besar.

ANTARA KEDAI YANG TERDAPAT DI "BAZAAR KAPALICARSI"

Salah sebuah kedai yang aku masuk dan aku amat leka didalam kedai ini hampir 45 minit. Geram !!!Nak aje aku beli sepucuk buat mainan..hehe.

TENGAH MENGUGUT TUAN KEDAI

Tak dapat bawak balik dapat pegang dan acu kat tuan kedai jadilah..bukan plastic yer,solid besi amende entah. Ada sesetengah senjata buatan tangan dan hasil kerja begitu menakjubkan.

"PASAR BASAH" aku dah lupa nama pasar ni..

Pasar basah atau Pasar ikan kat TURKEY ini penuh dengan ikan yang segar bugar.Harga ikan sememangnya amat mahal. Suasana sejuk sebab kawasan penjualan terletak disebelah muara..Dinner kat restoran,harga ikan tongkol (sebelah sahaja lebih RM20 hengget kau,dahlah kecik nak mampus,banyak ruang perut aku terbazir..hehe)

LAUTAN "BLACK SEA" DALAM PERJALANAN KE BURSA

Antara pemandangan yang berjaya aku rakam menggunakan kamera biasa tapi gambaran begitu menarik pada pandangan aku. Gambar diatas dirakam dari atas feri dengan Burung Laut atau "SEAGULL" berterbangan mencari makanan. Sempat memberi makanan kat burung-burung nie dengan sekeping roti,hanya hulurkan tangan kat tepi feri burung-burung ini akan datang menyambar..

BUKIT DIPENUHI OLEH SALJI

Pemandangan menakjub dari dalam pesawat ketika melintasi banjaran apa entah..aku dah tak ingat..lagi gambar yang menarik bagi aku yang berjaya aku rakam. Ikutkan banyak lagi gambar menarik,seolah-olah diambil oleh Jurufoto Pro kau..hehe..tetapi cukuplah dua gambar buat santapan semua.

AKU DENGAN TOURIST GUIDE

Gambar diatas aku sempat abadikan gambar aku dengan pemandu pelancong iaitu saudara seagama dengan aku yang bernama FUAT BEYKOZ warga TURKEY yang mempunyai pengetahuan yang amat mendalam sejarah Turkey. Seorang penyokong kuat pasukan bola sebuah Kelab Profesional dari TURKEY iaitu FENERBACHCE.

7 comments:

  1. bestnya pergi jalan negara orang.. negeri sndiri pun saya tak abis lawat lagi

    ReplyDelete
  2. That looks interesting. Is it expensive to go there?

    Agak-agak berapa RM diperlukan untuk pergi ke sana bercuti (secara sederhana) untuk satu orang, mungkin untuk dua atau tiga hari saja?

    ReplyDelete
  3. wahhh!!seronoknye berjalan-jalan ke negara luar..ermm ntah bile laa nak merasa ke luar negara nie..huhhu :(

    ReplyDelete
  4. Jai...Turki memang cantik kan? Terdapat banyak bangunan yang cantik senibinanya...

    Jai pergi sendiri ke?

    ReplyDelete
  5. zuriey - betul tuh..saya sendiri tak abis jalan kat malaysia nie..hehe..

    Aradia - I think quite expensive if you go alone.

    I pegi dengan officemate, i mean company trip..so the price cheaper. Price i dah tak ingat coz,ticket plus hotel and makan company cover..

    Yang nie dah termasuk europe..2 to 3 days tak sesuai due to the flight journey dekat 8 jam and sometimes kalau delay boleh drag more dah half day..

    depends,if you love for sight seeing,i rasa RM1k cukup kut..only currency ada mengancam sikit because diaorang pakai EURO..

    dizzydude - Insyallah bro,ada rezeki dapat gak pegi. Bagi aku kalau single,elok pergi melancong sebelum kahwin,banyak pengalaman..

    Kak anie - Betul..saya suka bab seni bina bangunan bersejarah nie..rasa2 kak anie dah pergi..cuma ralat tak sempat mandi air panas & main ski masa kat BURSA..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Thank you for the information, Jai. I appreciate it very much.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails