01 April 2010

KARTIKA TIDAK DISEBAT?

Baru terbaca berita terkini mengenai model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33 iaitu model sambilan mengenai hukuman sebat ke atas beliau kerana meminum arak. Berita melaporkan beliau telah terlepas dari hukuman setelah Sultan Pahang mengarahkan beliau menjalani khidmat komuniti menurut bapa beliau. Tiada maklumat lebih lanjut kerana berita terkini baru dikeluarkan.


Adakh beliau akan join Komuniti Gengblogger? Siapa tahu..hehe..Tunggu sahaja berita sepenuhnya di UTUSAN Online.

Berita  Utusan Malaysia Online:

KUANTAN 1 April - Sultan Pahang berkenan meringankan hukuman terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, daripada hukuman sebat kepada melakukan khidmat masyarakat atas sebab-sebab perikemanusiaan, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
"Itu adalah keputusan atas budi bicara Tuanku Sultan, hak mutlak Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan juga membuat keputusan itu atas sebab-sebab perikemanusiaan.
"Dia (Kartika Sari Dewi) bukan diampunkan daripada kesalahan itu, tapi hukuman itu diringankan, ini adalah ihsan Tuanku Sultan,” titah baginda kepada pemberita ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Hoki Piala Tun Razak antara Pahang dan Selangor, di sini, hari ini.
Kartika Sari Dewi, 33, dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 pada Julai tahun lalu selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Pahang. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails