26 April 2010

JOGING BOLEH BAWA RISIKO?

Kalau setakat BLOGJOGING kat blog JOGGER takpe..hari-hari joging kat blog dia takdak masalah..hehe..Semalam aku terbaca satu artikel dalam MINGGUAN MALAYSIA dalam muka surat 3 bahagian Dalam Negeri mengenai aktiviti joging boleh bawa risiko.


Mengikut Persatuan Fisioterapi Malaysia (MFA) aktiviti larian disekolah seperti merentas desa dan joging tidak sesuai untuk pelajar sekolah dan yang agak memeranjatkan aku dalam kenyataan dari MFA ini ialah ia mampu mendedahkan kepada risiko kecederaan SEUMUR HIDUP.

Kenyataan lain juga diberi dari MFA bahawa amalan membawa beg sekolah yang mengandungi buku teks yang berat boleh menyebabkan para pelajar terdedah kepada risiko masalah penyakit tulang belakang.

Kenyataan ini sudah tentu merisaukan kebanyakan ibubapa tetapi apakah tindakan selanjutnya dari pihak Kementerian Pelajaran? Aku harap Pihak kementerian dapat mencari penyelesaian ini sesegera yang mungkin sebelum sesuatu terjadi kepada generasi kita yang akan datang.

Bagi korang apa idea yang terbaik sekiranya diberi peluang untuk meluahkan perasaan terhadap permasalahan ini. Mungkin jawapan ada pada korang yang mana tak terfikir oleh pihak tertentu.

4 comments:

  1. kesian budak2 bawak banyak buku teks ni

    mak bapak kena tgk syllabus anak jugak ler supaya anak x bawak buku yang x ada syllabus hr tu

    ReplyDelete
  2. Itulah pasal bro..tengok syllabus pun rasa-rasanya pun sama..banyak pulak syllabus diaorang

    ReplyDelete
  3. masalah buku teks ni kalo x silap aku dh lama sangat...kementerian kena la prihatin...carila jalan penyelesaian...ni nak tuggu jd isu br nak buat keje...masalah negara kita ni benda nila...kena masuk paper n tv brula sumer kelam kabut...bosan la...

    ReplyDelete
  4. AKU - Lagi sekali aku bersetuju dan bersependapat..memang dah lama cerita ni..seolah-olah nak tunggu masalah timbul baru kecoh..kenapa tak elak dulu sebelum terjadi masalah..adeyyyy

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails