24 April 2010

AWAS!!! KEMBALI MENGGANAS DAN MEMBUNUH....

Tajuk yang agak ngeri dan sudah tentu ceritanya pun agak ngeri. Cerita antara hidup dan mati.Aku tak tahulah korang semua tapi bagi aku kematian semakin meningkat secara perlahan-lahan dan terkini telah meragut mangsa yang ke -79 (KLIK DISINI - LAPORAN KREDIT MY METRO). Apa yang agak merungsingkan aku sekarang adalah wabak yang mula menunjukkan taringnya kembali iaitu VIRUS INFLUENZA A H1N1 juga dikenali sebagai VIRUS SELESEMA BABI.


Dalam minggu ni sahaja ramai budak-budak ofis aku terutama ahli keluarga mereka yang disuspek dijangkiti kuman H1N1 ini. Agak membimbangkan. Sesetengah daripada mereka ada yang ditahan dihospital unutk pemeriksaan selanjut.

Kalau tidak dibendung dan dikawal,aku rasa perkara ini akan menjadi salah satu tragedi terburuk didalam Malaysia. Kenapa harus menunggu untuk dijangkitan oleh wabak ini walhal ia boleh dikawal dengan mengambil langkah-langkah yang betul.

Kempen telah dibuat tapi tahap kesedaran bagi aku masih dibawah tahap menyedihkan. Adakah kematian seseorang yang terdekat baru dapat menyedarkan diri masing-masing? Nak buat apa, dah terlambat,menangis air mata darah sekali pun tak akan dapat mengembalikan nyawa.

Aku rasa elok dipertingkatkan kempen kesedaran ini dengan lebih mantap lagi kerana kalau tiada siapa yang ambil perhatian maka bermaharajalelalah si H1N1 ini..Ingat kita hidup hanya sekali,jangan disia-siakan.

Bagi aku langkah drastik perlu diambil sebelum wabak menular lebih teruk lagi. Mungkin sikit hari lagi akan keluar "STATEMENT"  yang mungkin berbunyi begini "Keadaan dalam Kawalan...".Tetapi bagi aku kalau "STATEMENT" berbunyi macam ni "MALAYSIA Bebas H1N1..." lagi elok bunyinya.

Jadi apa komen korang tentang H1N1 sekarang ni? Mungkin ada yang tak kisah langsung dengan perkara sebegini dan inilah yang ingin aku perbetulkan JANGAN PANDANG RINGAN!!!

5 comments:

  1. sentiasalah menjaga kebersihan diri,,,,,,,

    ReplyDelete
  2. kena hati2 kan... takut juga ni.....

    ReplyDelete
  3. n for those yang rasa demam je slalu, better have a check wit doc aite!!

    ReplyDelete
  4. aah...kena bersihkan diri slalu...and 1 important things is mohon plindungan ALLAH.

    ReplyDelete
  5. Semakin hari semakin bertambah yang meninggal..kebersihan diutamakan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails