22 April 2010

ARTIS ROSYAM NOR APA CERITA NIE....??

Dah lama aku tak dengar khabar berita si ROSYAM NOR..kali terakhir aku jumpa beliau masa beliau buat "House Warming" rumah baru beliau. Untuk pengetahuan semua aku dah kira agak lama juga kenal mamat nie iaitu sejak dari tahun 95 kalau tak silap aku. Dulu orang rumah dia sama tempat kerja dengan aku.

Aku pernah berlakon dibawah arahan beliau untuk persediaan persembahan "DINNER" syarikat aku. Cukup sekali tulah aku berlakon..serik aku..garang nak mampus..hehe..sorry bro..Memang betul pun..bila dia mengarah memang dibuatnya kita macam artis baru nak belajar...

Mamat nie aku respek pasal dia kuat berusaha,seorang ayah yang Caring" dan bila buat,dia mesti buat betul-betul dan juga beliau merupakan pelakon yang hebat. Semalam aku pergi business talk beliau yang terbaru. 

Komen aku terhadap beliau..aku akan join business beliau dan ramai lagi orang dan artis lain join sebab aku yakin barangan dan sistem yang beliau perkenalkan gerenti memberi pulangan yang agak lumayan. 

Kalau aku cakap kat sini ramai tak akan percaya. Kalau nak percaya anda semua boleh datang ke talk dia, sapa nak pegi angkat tangan..hehe..


Aku terperanjat dengan sambutan terhadap perniagaan beliau yang agak luarbiasa. Dalam masa singkat ahli dah ramai. Untuk pengetahuan semua perniagaan beliau ini dalam proses untuk diIklankan sedikit hari lagi dalam Suratkhabar,TV dan banyak lagi saluran media dan akan disusuli dengan ROADSHOW..

Kalau aku cerita kat dalam nie,nanti panjang berjela jadi aku promotelah sikit Banner mamat nie..nak tahu lebih lanjut boleh datang ke TALK dia cuma bagitahu aku siapa yang nak pegi. BILA TALK dia? Akan aku bagitahu kepada yang betul-betul berminat berniaga dengan pulangan yang lumayan.

Ohh ya..satu lagi..Kumpulan beliau diberi nama RNG (ROSYAM NOR GROUP)..sebenarnya business dia nie umpama memberi penghargaan khas buat peminat-peminat beliau. Eee..aku nak cakap tak reti..nanti sesiapa berminat boleh tanya lebih lanjut terus dengan beliau..tak pun dengan ahli-ahli beliau.

Tengok siapa antara artis yang aku jumpa..siap bawak orang rumah yang sarat mengandung lagi..EIZLAN YUSUF &  orang rumah beliau iaitu VIE SHANTIE HARUN (Rupa-rupanya kedua-dua adalah blogger yang berdaftar dengan NUFFNANG, tapi sayang blog EIZLAN dah bersawang VIE punya blog agak menarik...)

Aku tengok ramai jugak artis datang,cuma aku tak dapat snap gambar lebih pasal bateri kamera aku dah week tahap nyawa-nyawa ikan.

Nie hah yang tak aku sangka-sangka boleh jumpa disini iaitu KAK ANIE..alahh rakan KAKINAKL yang terkenal dengan resipi yang membuat air liur orang meleleh tu..hehe. Seorang blogger yang cukup fohfular

KAK ANIE DAN BOYPREN DIA...

Oklah tu jelah kisah aku yang ingin aku kongsikan bersama-sama..sebenarnya nak cerita pasal Business ROSYAM NOR..lepas aku fikirkan secara waras,baik aku takyah cerita dengan secara details pasal takut tersalah info..nak tahu lebih lanjut seelok-eloknya aku cadangkan terus dengar apa yang dia cakap kat talk dia...


P/S tinggalkan jejak anda kalau nak aku setkan appointment dengan ROSYAM NOR & THE GROUP..aku rasa baik cepat sebelum bende nie diiklankan dan juga sebelum ROADSHOW diaorang. Satu FENOMENA LUARBIASA bakal terjadi sedikit hari lagi..nak tahu kenapa? Jom ikut aku....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails