25 April 2010

ACHIK SPIN DALAM KENANGAN

Berita yang aku baca pagi ini agak menyentuh perasan insan yang bernama suami.Kisah Ketabahan seorang isteri yang menyayang suami beliau cukup aku sanjungi. Industri Musik telah kehilangan seorang penghibur yang cukup bagus. Terbaca dalam PANCAINDERA akhbar sisipan MINGGUAN MALAYSIA pasti menyentuh sesiapa yang membacanya.


'Mana ayah? Mana ayah?' ucapan dari anak arwah ACHIK SPIN atau nama sebenar beliau ABDILLAH MURAD MD.SHARI cukup menyentuh perasaan aku sebagai seorang ayah. Dalam usia yang begitu muda iaitu 3 tahun,beliau telah kehilangan kasih sayang seorang insan yang bernama AYAH.


Ekslusif tulisan dari Tengku Kalidah Tengku Bidin dalam recana yang ditulis oleh beliau amat memilukan sesiapa yang membaca. Terasa kehilangan arwah amat dirasai. Jangan ketinggalan untuk mengikuti cerita ini didalam ruangan akhbar sisipan PANCAINDERA.


'Ayat-ayat cinta buat isteri' yang cukup bermakna buat isteri beliau. 'Kalau boleh Nyawa dia sekali dia sanggup beri kepada isteri beliau' lambang cinta sejati. Antara pesan beliau..'Apa-apa pun yang berlaku,sayang kena ingat ALLAH. ALLAH Tuhan kita,jangan sedih,jangan menangis,abang hendak sayang kuat'. Cukup memilukan.

4 comments:

  1. sedihnye saye...nak menitik airmata ni...

    ReplyDelete
  2. Cukup menyentuh perasaan..harap isteri arwah tabah menghadapinya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails