Hari ini aku ingin berkongsi dengan semua berkenaan UBUNTU. Ini bukan sebarang UBUNTU dan bukan untuk membuntukan keadaan. Ia sebenarnya satu jenis Sistem Pengoperasian (Operating System (OS) ) yang berasaskan program Linux. Dulu aku biasa mendengar Linux sahaja dan UBUNTU hanya baru kini aku tahu.
Aku telah memuat-turunkan Sistem Pengoperasian ini ke dalam komputer riba aku dan aku masih dalam prosess suaikenal benda baru ini. Kenapa aku sibuk-sibuk ingin menceritakan berkenaan UBUNTU ini? Ini adalah kerana banyak kelebihan pada sistem ini yang ingin aku kongsikan bersama-sama.
Antara kelebihan UBUNTU ini adalah:
- Ia merupakan sistem pengoperasian yang sesiapa sahaja boleh menggunakannya kerana ia adalah percuma dan sentiasa boleh didapati secara percuma dari sumber terbuka.
- Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain.Tidak perlu risau dengan masalah perlesenan kerana ia tidak memerlukan lesen penggunaan seperti WINDOWS.
- Sistem Operasi UBUNTU juga merupakan sistem yang tak lut dek VIRUS. Bermakna anda tidak perlu memilik ANTI-VIRUS sekiranya menggunakan Sistem ini.
Kalau ikutkan banyak lagi kelebihan UBUNTU ini dan kalau aku terangkan kat sini boleh menyebabkan blog aku serupa macam novel jadi aku taknak bercerita panjang dan kalau sesiapa ingin tahu lebih lanjut lagi anda boleh baca maklumat DISINI



wah dah pakai ubuntu..hebat-hebat..=)
ReplyDeletemari support open source..
ReplyDeleteZack - gua baru nak berkenalan dengan si ubuntu dari afrika nie hah..masih baru lagi.
ReplyDeleteAurikelsan - wah tau jer su ek..pakai ubuntu gak ker?
keh3 yeke xde virus?member aku gune ubuntu gak yakin gileee pastu jem laptop die hahhaa
ReplyDeleteorang cakap pakai ubuntu nanti susah nak cari software yg compatible. betul ke?
ReplyDelete