29 March 2010

TUDUNG RM500?


Perghh..itulah yang termampu aku katakan bila terpandang tudung ini. Mengeleng kepala aku dibuatnya. Aku tahu mungkin bagi sesetengah daripada kamu dah biasa dengan tudung berharga sedemikian tapi bagi aku ia sesuatu yang agak memeranjatkan aku.


Apa bezanya  bila pakai tudung nie? Adakah akan menambah seri sipemakai? Atau sebagai petunjuk aras kekayaan seseorang? Atau sekadar untuk menunjuk-nunjuk? Entahlah macam-macam persoalan dalam kepala aku ini. Ada juga manusia yang sanggup membeli tudung ini dengan harga sebegini.


Mungkin sesetengah golongan harga ini munasabah. Mungkin untuk kepuasan diri. Tetapi apa nilainya diukur dengan harga sedemikian? Nilai apa yang hendak diterapkan?Adakah lagi mahal lagi banyak pahala yang kita dapat? Apa yang boleh aku katakan ialah,"Sendiri Mahu ingat" mana yang lebih utama....

10 comments:

  1. mahal gilaaaaaa....datin2 ja pakai tudung rega gini..

    ReplyDelete
  2. eiiii...
    same laa saya..
    baik laa guna 500 tuu guna untuk beli barang yang lagi faedah lagi...

    ReplyDelete
  3. mak aih.. RM500? Biar betik? Mahalnye... boleh buat bayar sewa umah sebulan.

    ReplyDelete
  4. Ada juak tudung RM500 duhal..kenak mahal gilak oh? Nang sik logik :/

    ReplyDelete
  5. bagi pendapat umie kalu bagi mampu..beli la..tp x salah sekiranya beli sesuatu yang mahal utk di letak kan di atas kepala dan menutup aurat..jangan je selalu beli beratus-ratus tp diletakkan di tapak kaki..yang pentingnya individu itu sendiri je yang tau menilainya..

    ReplyDelete
  6. jenis kain & manik2 tue yg buat harganya mahal..proses menjahitnya pun sukar, menjaganya lagila susah.. sama jugak mcm baju yg penuh ngn labuci2 yg harga leh cecah ribu riban

    ReplyDelete
  7. wohh mahal gila! kalau pakai pergi mana2 orang tahu ke tudung tu harga 500? pakai yang biasa2 sudaa.

    ReplyDelete
  8. kancilbiru - itulah pasal slalunya datin wanabe kut yang pakai..hehe

    eija - masing-masing punya citarasa kut..bagi kita yang tak mampu tengok jer lah.

    Aini - Bukan setakat tuhh..boleh pakai 100 pasang tudung kat kepala..hehe

    Fahrie - Giney gaya,dah ada urang mampu mauk beli,sendirik pun citarasa...

    Umie - Itu kalau yang mampu umie,bagaimana yang tak mampu tapi masih nak try gak katakan mcm datin wanabe..hehe..masing-masing punya kehendak..

    aurikelsan - mungkin untuk golongan elit sahaja kut. Adakah anda mahu mencuba sekiranya ada duit lebih sedikit? Tepuk dada tanya selera

    Zaimi - Mungkin tanda harga diletak sekali dengan tudung kut..hehe

    ReplyDelete
  9. haa?? seriously? tudung mcmni 500 ringgit sehelai?? wow.

    ReplyDelete
  10. Beli lah kalau mampu. Orang yang tak mampu, jangan banyak komen. Duit diaorang, suka hati diorang nak beli tudung mahal.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails