21 March 2010

TOM TOM BAK BERSAMA AZNIL HJ NAWAWI PART 4

Setelah kepenatan mengikuti rombongan cik kiah ke studio rakaman kat studio merdeka@FINAS,baru hari ini aku berkesempatan meng"edit"" gambo-gambo yang aku ambik. Tapi aku cuma dapat paparkan sebahagian gambo-gambo atau aktiviti-aktiviti.Yang selebihnya aku akan keluarkan EPISOD terakhir entry ini dengan tajuk lain pulak..antara clue-clue episod aku yang akan datang ialah seperti gambo dibawah nie hah..


Berbalik rentetan perjalanan menuju ke FINAS selepas bas yang dinaiki rombongan mengalami masalaah teknikal akhirnya,sampai jugak rombongan ke tempat yang ditujui.


Lega rasanya bila dah sampai. Buat sesiapa yang tidak tahu kat mana FINAS nie,lokasinya terletak betul-betul sebelah ZOO NEGARA Hulu kelang. Tak tahu jugak kat mana lokasi nie..pegi search Google Maps,pasal aku nak terangkan tak reti..hehe.


Sampai kat dalam,perghh terperanjat ramainya budak-budak terutama kanak-kanak dari sekolah tadika. Dianggarkan untuk rakaman TOM TOM BAK ANNMUM ESSENTIAL ini dianggarkan dalam 250 orang. Patutlah ramai gilerr...


Sebelum rakaman dimulakan para penonton terutama kanak-kanak pihak pengurusan telah menyediakan makanan sebelum rakaman dimulakan. Maka berduyun-duyunlah cikgu,ibubapa  ternasuk aku beratur ambik makanan (lepas budget makan..hehehe)..


Makanan dihidangkan oleh petugas-petugas takut tak cukup makanan (memang tak cukup pun..hehe) Lauk ala kadar untuk mengalas perut oklah. Makan petang juga disiarkan sekali..


Lauk yang aku ambik untuk anak aku.Agak simple tapi bila perut dah kosong semua boleh jalan.Apa-apa pun aku cuma dapat lauk Nenas ikan masin masak lemak..huhuhu. lauk dah abesss..


Khusyuk betul anak aku bila mengadap makanan.hehe..biasalah perut dah lapar,aku ambik gambar dia pun tak perasan.


CUT!!!! Nampak gaya ini sahaja entry aku untuk hari nie,untuk pengetahuan semua, sesi rakaman TOM TOM BAK aku tak boleh "disclose" kat dalam blog aku ini, lagipun segala rakaman dipatenkan atas HakCipta Astro jadi ia diluar bidang kuasa aku. Kang kena saman aku karang padan muka aku.Tapi ada gak citer menarik lepas entry ini dimana ramai artis aku dapat jumpa dan berborak kejap..jadi tunggu..sedeyyy..tak dapat ambik gambar Aznil Hj Nawawi..

4 comments:

  1. erk zoo negara kat ulu klang? bukan kat taman melawati ke. aku baru je g bln 12 itu ari xkan da gulung dah?

    ReplyDelete
  2. Bro kira kawasan yang sewaktulah tuhh bro..hehe..dekat2lah tuh..amacam study? Bila nak balik aku rindu kat engko...ahaks5...

    ReplyDelete
  3. eyriqazz - kalau bawak lu kang entry sama pulok..hehee..sorry bro gua tak ingat nak call lu..lain kali kalau gi beraya rumah rosyam noor gua ajak lu..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails