Untuk pertama kalinya dalam sejarah aku merencanakan entry yang agak serius bunyinya. Ini aku utarakan berdasarkan cara penulisan yang membina dari apa yang telah aku baca. Aku harap kita sama-sama akan dapat manafaat dari pada apa yang aku tulis.
Setiap penulis mempunyai identiti mereka masing-masing dalam penulisan dan itu termasuk penulisan aku sendiri. Secara jujur identiti penulisan aku dalam arena blogging masih belum aku temui. Aku masih dalam proses pembelajaran,maka dari itu ada sedikit kecelaruan didalam penulisan entry aku.
Terdapat pelbagai gaya penulisan boleh dipelajari,hanya empunya diri yang berkuasa untuk merencanakannya. Bagi aku blogging akan jadi menarik apabila terdapat 3 unsur yang berkait rapat iaitu gaya penulisan,penerangan berserta persembahan untuk sesuatu artikel yang ditulis.
Tidak salah aku katakan bahawa pemahaman atau minat terhadap sesuatu yang ditulis juga dipengaruhi oleh citarasa penulis itu sendiri,bak kata pepatah “Rambut sama hitam tapi hati lain-lain” terpulang kepada kepada diri masing-masing membawa haluan dalam berkarya.
TIPS penulisan yang baik bagi aku haruslah memenuhi syarat-syarat gaya penulisan yang mudah difahami , ada fakta untuk ditulis,ada pendapat dan haluan, mempunyai gaya dan format yang diterima ramai dan sudah semestinya memberi kesan kepada pembaca.
Ini hanyalah pada pandangan aku dalam menghasilkan penulisan yang baik. Bagi orang lain terpulang kepada diri masing-masing kerana anda yang menentukan corak jalan cerita. Adakah anda bersetuju??


memang bena apa di awak... gaya penulisan penting untuk menarik minat orang untuk membaca apa yang kita tulis... jangan lah menulis syok sendiri sampai sakit mata orang untuk membaca... pergila berjalan-jalan ke blog lain untuk mencuri idea-idea penulisan yang baek dan sedap dibaca... :)
ReplyDeletesetuju jai....entry kalini lain dari yang lain..aku suka...hik3.tunggu untuk diterjah..byk aku nak komen pasal blog hang sebenarnya...hopefully,hang tak kecil hati la ye..pandangan peribadi untuk sama2 memperbaiki...
ReplyDeletewah... dah mcm tips buat karangan dah ko nih... gud info beb... aku kalo malas nak wat entry... mmg aku x wat dahh. tggu ada mood baru leh wat. walaupun kekadang entry aku kelaut gak... muahahahha
ReplyDeleteHajib - betul,kekadang kamek pun terasa over juak bila nulis..kamek baruk belajar tok..
ReplyDeleteEyriqazz - tarak hal bro..gua tak kecik hati..gua tau gua banyak kekurangan..takpe nanti ada paintball siaplah lu nanti..ahaks3
Jogger - A'ahh..TIPS nie elok untuk budak-budak nak duduk SPM tahun depan..hehehe..entry kelaut tuhh biasalah bro...