18 March 2010

SARAWAK BLOGGERS

Kemunculan sebuah organisasi bukan kerajaan yang menggelarkan diri mereka SARAWAK BLOGGERS yang berlandaskan pelantar (platform) internet untuk blogger-blogger terutama dari SARAWAK telah menggorak langkah untuk menjadi sebuah organisasi yang bakal menggegar dunia blogging.Usia organisasi ini masih muda lagi dimana ia baru sahaja beroperasi pada bulan Januari 2010.


Matlamat organisasi ini adalah untuk menyatu dan menghimpunkan blogger-blogger dimana jua mereka berada dibawah satu payung.Pengiktirafan dan keutamaan blogger untuk menyertai SARAWAK BLOGGERS ini sebagai PARTNER'S adalah adalah berdasarkan kelulusan dari pihak SARAWAK BLOGGERS dan keutamaan diberi kepada blogger dari Sarawak. Kenapa aku beriya-iya menulis entry berkenaan SARAWAK BLOGGER ini? Jawapan seperti print skrin dibawah.


YA! Blog aku telah dipilih dan dijemput untuk turut serta bersama dengan bloggers SARAWAK BLOGGERS dan  pada 18hb March 2010 dengan secara rasminya aku telah menjadi blogger yang ke 21 yang turut serta. Terima kasih kepada rakan aku, yang aku sendiri tidak pasti siapa yang telah menghantar permohonan untuk masukkan blog aku kedalam SARAWAK BLOGGERS.

Apa-apa pun ucapan terima kasih aku tujukan buat rakan aku itu dan juga SARAWAK BLOGGERS atas kesudian mengambil blog aku yang tak seberapa ini sebagai salah seorang PARTNER'S. Untuk maklumat  selanjutnya,anda boleh melayari website ini  SARAWAK BLOGGERS ini dengan menekan logo dibawah.


p.s. Harap Maklum..Nama aku diaorang salah eja..baru aku perasan dari AZHAR RAMLI menjadi AZHAR ALI. Pembetulan nama akan dibuat dengan seberapa segera.

4 comments:

  1. orang luar memang tak boleh join ke group tu?

    ReplyDelete
  2. wow!! Thanks for the promo :-)

    Sarawak Bloggers adalah untuk bloggers yang serius dalam blogging (telah lama blogging) dan beretika dalam melakukannya dan ianya terbuka untuk bloggers dari Sarawak, atau bloggers yang menetap di Sarawak secara tetap.

    Maklumat lebih lanjut boleh diperolehi di laman web kami :-)

    To Azhar Ramli, Thank you for accepting our invitation, and we are very happy to have you as our 21st partner!

    ReplyDelete
  3. zaimi - hah dah dapat jawapan dari pengasas SARAWAK BLOGGERS takyahlah aku explain ek..

    Sarawak bloggers - Thanks and will promote more on sarawak bloggers..good job guys

    That's Ron - alo,alo,alo...can't hear you..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails