16 March 2010

PENGORBANAN BESAR IBU KEPADA ARTIS YANG KENA TANGKAP..

Kesian bercampur terharu dengan kisah yang sampai sekarang telah mengejutkan arena persada seni negara dimana kisah artis ditangkap mengedar dadah. Aku terbaca luahan hati ibu kepada Khaeryll Benjamin Ibrahim @ Benji @ Benjy iaitu Azean Irdawaty yang sekarang masih ditahan reman selama 7 hari didalam UTUSAN ONLINE. Aku cukup sedih kerana beliau seorang ibu yang begitu tabah. Terkenang ibuku nun jauh di Sarawak,rindu pulak rasanya.


Begitu hebat dugaan seorang ibu dalam membesarkan anaknya.Inikah pembalasannya? Adilkah kita kepada ibu kita? Fikirkanlah betapa susah payah ibu membesarkan kita. Semua persoalan ini bukan aku tujukan suka-suka kepada semua,tetapi sebagai peringatan buat aku, agar jangan lupa segala pengorbanan ibu selama ini.Termenung sejenak, terbayang raut wajah ibuku..mohon keampunan dari anakmu yang jauh diperantauan. Sedayyy..

3 comments:

  1. salam..
    mlm td ada tgk jugak rancangan Terjah,nash ahmad interview si ibu.sedih pun ada bila tgk dia.hati ibu mana x tak teruka dek perbuatan anak kesayangan(suspk satu2nya anak lelaki).semoga si ibu tabah menghadapi ujian Allah.

    ReplyDelete
  2. Yerlah..yg ralat aku dengar masa dia kena cekup tu dia ada bersama teman wanitanya (eh bukan ke dia dah kawin? kesian kat wife dia sama,bini punya cun pon wat hal gak)..apa-apa pun setiap perbuatan ada pembalasan..tu janji Allah.

    ReplyDelete
  3. Md Nasir - Itulah pasal,sedih kat emak dia.Mintak2 tabah menghadapi dugaan.

    Lelayong - Itulah pasal..macam-macam cerita aku dengar pasal benji nie tapi aku tak boleh disclose kat sini..karang kena saman pulak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails