"My Favourite Surfing Spot"? Masih tercari-cari tempat yang sesuai untuk melayari internet? Ke sana tak boleh, ke sini tak boleh,ke sinun pun tak boleh. Abis kat mana? Hanya 4 perkataan menimbulkan banyak persoalan. Jadi penyelesaian persoalan untuk "My Favourite Surfing Spot" bagi aku adalah di PEJABAT tempat kerja aku yang terletak disekitar Kuala Lumpur.
Kenapa aku memilih pejabat aku sebagai "My Favourite Surfing Spot"? Alasan begitu mudah,mesra alam gitu. Disini aku sertakan gambar yang sempat aku ambil sebagai bukti kenapa aku memilih pejabat sebagai tempat untuk aku berinternet.
Dengan menggunakan All-in-One, Desktop modem for multiple user model DV230 P1 W1MAX ini aku dapat melayari internet dengan pantas seperti mana slogan P1 W1MAX "THE FASTEST WIRELESS BROADBAND NETWORK".
Aku bersetuju dengan slogan ini dan ada kebenarannya kerana memang betul-betul pantas.Penggunaan P1 W1MAX di pejabat aku ini adalah berdasar perkongsian dan itu alasan utama aku kenapa aku memilih pejabat sebagai "My Favourite Surfing Spot".
Antara ciri-ciri yang terdapat didalam P1 W1MAX model DV230 yang membuat hati aku terpaut.Untuk membesarkan gambar sila Klik gambar.
Apa yang aku bulatkan nie? Hah untuk perngetahuan semua,itu merupakan lampu kecil yang terdapat pada P1 W1MAX atau lebih dikenali sebagai Signal Indicator. Yang aku suka bila kat pejabat aku nie,gerenti indicator akan menunjukkan signal ke tahap maksima,maka pelayaran aku teramatlah lancar,tanpa sangkut-sangkut.
Harap Maklum. Jangan salah sangka ya,ini bukan iklan Kacang Cap Tangan ok. Aku ingin menunjukkan bertapa aku cukup berterima kasih kepada P1 kerana menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi aku dan sesungguhnya aku cukup berpuas hati walaupun barangan ini adalah hasil perkongsian.
Setelah aku mengguna dan mengetahui kelebihan P1 W1MAX ini, kini aku telah jatuh hati dengan produk terbaru P1 W1MAX yang telah ada dipasaran iaitu P1 W1MAX WIGGY. Hitam itu bagiku menawan sudah tentu sesuai dengan WIGGY ini. Sesiapa memandang pasti terpikat dengannya.Bagi aku inilah revolusi terhebat dalam sejarah "BroadBand". Tahniah P1 kerana menghasilkan hanya yang TERBAIK.




hmmmm, p1 punya connection not really good but the customer service is good
ReplyDeletehere me like surf net on free wifi
ReplyDeletefrom Nikel Khor
bro! great entry :D
ReplyDeleteSsharinginfoz - So far gua pakai ok jer sekitar KL,mungkin your area not so gud coverage kut. Anyway you dapat free line kan..hehe
ReplyDeleteNikel Khor - Good,Save lots of money.I expected you'll be rich by year 2020..hehehe..thanks for the visits.
TEY - Thanks bro,not as good as your entry bro,simple but nice presentation. Gud luck bro