Entry aku kali ini aku nak kata entry serius tak boleh,nak kata serius pun ada . Bukannya menagih simpati mahu pun belah ehsan.Aku sekadar ingin meminta pendapat rakan-rakan mana yang kurang atau apa yang terlebih dalam blog aku ini.
Semalam aku telah mencuba pelbagai cara untuk membentuk blog aku agar tampak kemas dan bergaya..tapi hampeh. Aku cuba tukar "Template" banyak kerjalah pulak dan belum ada yang sesuai dengan jiwa aku. PERINGATAN sila buat back-up "template" asal sebelum bertukar ke "template" yang baru untuk sesiapa yang ingin tukar "template".
Aku ingin kemaskan blog aku sekemas yang mungkin. Aku sekarang dalam proses menaik tarafkan blog aku agar bergerak seimbang dengan keadaan semasa. Tetapi projek aku ini mungkin mengambil masa yang agak lama dan tersangkut-sangkut disebabkan banyak faktor yang aku kena fikirkan.Lagi pun ada sorang pengacara TV123 nak datang spot check blog aku nie tapi tak tahu bila..abesslah aku kena saman karang...
Pernahkah anda ternampak MAT TERJAH INI??
Kalau ternampak MAT TERJAH ini silalah sound-sound kat aku. Bukan apa nanti abess aku sebab terjahan beliau bukan sebarang terjahan. Terjah membina,tapi siaplah kalau blog kucar kacir macam blog aku ini banyaklah modal untuk beliau bangkitkan.Mintak-mintak jangan diterjah blog aku ni,takut terperanjat blog aku ini karang..hehe
Apa-apa hal pun ,ini merupakan entry 2 dalam 1 maksudnya 2 tajuk 1 cerita ,entry ini sebenarnya sekadar untuk menceriakan hidup anda agar anda sentiasa tersenyum. Berikan senyuman anda kepada sesiapa sahaja kerana anda seumpama memberi sedekah dengan setiap senyuman yang menguntum dibibir anda...

Terjah jgn tak terjah !
ReplyDeleteItulah pasal bro..abesslah kalau aku kena terjah
ReplyDelete