Panjang tajuk aku kali ni berbanding entry aku nie. Aku sekadar ingin berkongsi dengan semua terutama kaki-kaki photography. Bagi aku Kafe Lagenda mempunyai material yang baik untuk photoshoot. Aku suka dengan interior design kafe ini sebab itu aku abadikan dalam entry aku kali ni. Aku bukannya reti bab-bab photography tapi aku rasa aku ada jiwa semulajadik untuk menjadi photographer..ingat nak sambar DSLR kalau ada rezeki.
Perasan tak bawah ayat FINAS tu..kat situlah terletaknya Kafe Lagenda. Aku cukup suka konsep santai kafe ini. Semasa aku duduk tak jauh dari Kafe aku perasan ramai artis dan pengarah filem tengah lepak dan makan kat Kafe ni. Ingat nak ambik gambar dengan diaorang,lepas fikir 30 kali tak jadik,aku malas nak kacau kut-kut tak dilayannya aku...
Ruang pemisah antara dalam kafe dengan luar kafe dipisah dengan cermin yang disaluti wajah-wajah seniman lagenda.Susunan meja dan kerusi agak janggal,maksud aku material. Kalau dapat meja dan kerusi yang diguna zaman daoulu daolu lagi menarik.
Ruangan yang menarik minat aku.Penuh dengan gambar-gambar klasik.Susun atur agak simple.Terkenang kembali zaman-zaman silam bila masuk kafe ini.Sejuk mata memandang.
Kesemua gambar-gambar yang aku ambil hanyalah menguna kamera Nikon CoolPix s200. Kamera standard beresolusi 7.1 pixel. Kalau dapat Kamera DSLR perghh,compom cantik.
Poster besar mengenai filem-filem lama yang terletak dikaunter pembayaran. Aku cuma sekadar ambik gambo jer yer tak pi minum atau lepak lama-lama dalam Kafe pasal aku sibuk tengok recording kat dalam studio lepas tuh. Apa-apa pun sempatlah shoot sana sini sikit. Aku rasa kalau kaki photo datang kat sini mesti puas hati sebab banyak material yang boleh dijadikan subjek...
Lastly aku balik senang hati sebab banyak material untuk aku update blog aku nie hah..hehehe..
waa..meggamit memori..rasa macam kat zaman hitam putih. kamer saya lagi biasa, canon 5 Megapixel je.. ^_^.
ReplyDeleteops, katne ek, kafe ni?
ReplyDeletemcm mahal je!!
ReplyDeleteit is indeed a very nice place.
ReplyDeletei;m sure a lot P.Ramli stuff is inside there too
:)
Sya Isya - Memang mengembalikan nostalgia zaman P.Ramlee. Lokasi alah sebelah ZOO Negara jerr.
ReplyDeleteEncik Mimpi - Gua rasa tak mahal sangatlah. Sedang-sedang jerr
Garfield - Yes it is a nice place,not sure about P.Ramlee stuff but the classic picture quite a lot there.