Tajuk tiada berkaitan dengan cerita filem JANGAN PANDANG BELAKANG ok. Sebenarnya aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan blogger aku,kegembiraan melampau menghantui aku. Dengan secara rasminya senjata utama bagi setiap blogger iaitu LAPTOP atau DESKTOP telah aku miliki sepenuhnya dan senjata pilihan aku adalah Laptop DELL INSPIRON 13Z original Made in CHINA.(boleh percaya ker??)
Dengan apa yang aku miliki ini,aku nekad aku tidak akan menoleh belakang lagi. Aku harus terus pandang ke hadapan,walau banyak sekali halangan tetap aku tempuhi (cehh..boleh ke ni..kita tungguuu.)
Maka bermulalah perjalanan aku berblogging sebagai blogger kecil-kecilan dipentas arena blogging. Banyak lagi aku perlu belajar lagi terutama dari rakan-rakan yang aku anggap guru terutama EYRIQAZZ, MELROMEO, REDMUMMY,BRO NAZ dan rakan-rakan yang blogger yang terlalu ramai untuk aku sebut disini. Tips-tips yang berguna serta nasihat dari blogger seperti CIK EPAL,ARIF,JOGGER,AUS,ZAID,SHAHROL,SHARINGINFOZ dan ramai lagi yang banyak membantu perjalanan aku sebagai blogger.
Cehh..teramatlah panjang pulak cerita aku nie. Harap engkorang sudi baca jugak walaupun takde isi sangat yer.Sebenarnya aku nak tayangkan laptop aku nie je hahhh..jangan mare..
Dijadikan cerita bila dah ada laptop nie,anak-anak aku bukan main bersemangat,terutama yang sulung..adeyyy..asyik berebut nak update blog. Takpe mungkin akanku beli sebuah netbook sekiranya ada rezeki untuk anak-anakku...
Setakat ini sahaja coretan syok sendiri aku disebabkan teruja memiliki senjata terulung yang telah berjaya membantu aku pada hari ahad,14hb March dalam mencipta sejarah tersendiri bila Unique Hits aku telah berjaya mencapai ketahap maksimum iaitu kira-kira hampir 700 Unique Hits. Kenapa? Tak percaya? Nanti ada masa aku postkan satu entry Unique Hits melampau aku nie kat engkorang sebagai bukti betapa hebatnya senjataku ini.
0 comments:
Post a Comment