17 March 2010

HOTFM HANGAT DAN HANGIT

Cukuplah entry aku berkenaan unique visitor. Hari ini entry aku lebih kepada hiburan semata-mata. Setiap pagi aku mesti tersenyum bila menuju ke tempat kerja,bila berhenti kat traffic light dan kekadang ketika memandu.kalau orang terpandang aku,mesti diaorang ingat aku tak betul,tersengih-sengih ,kekadang orang rumah aku pun join sekaki tersengih-sengih.


Itulah penangan HOTFM Aku peduli apa orang kata,janji ia boleh membuat aku tersenyum.Cukup seronok mendengar celoteh  2 orang DJ di HOTFM nie,lebih-lebih lagi segment panggilan hangit mereka.Aku rasa ramai yang suka bab menghangitkn orang nie. Tapi kekadang terfikir,macamana pulak yang tak hangit punyer panggilan? Aku rasa mereka di HOTFM mesti kantoi. Kalau diaorang buat segment panggilan tak hangit aku rasa ok kut..


Ini dia gadis genit yang mempunyai fan kat Facebook lebih dari 200,000 orang iaitu FARA FAUZANA atau lebih dikenali dengan panggilan FAFAU. Sesuai dengan nama gelaran beliau memang patut pun bersuara garau,tapi takdelah garau sangat. Suka dengar dia berceloteh pagi-pagi dengan gaya selamba beliau.


Seorang lagi DJ yang begitu kelakar iaitu FAIZAL ISMAIL atau lebih dikenali sebagai FBI. Mempunyai FAN lebih dari 80,000 orang kat Facebook .Kira banyak tu,tapi tak sebanyak FAFAU. Seorang yang telah lama berkecimpung dalam arena penyiaran. Gandingan mantap kedua-dua DJ ini menyerikan suasana pagi aku sebelum pegi kerja. 

Secara keseluruhannya aku cukup tabik kat HOTFM kerana menyiarkan rancangan yang bagi aku amat menarik sekali. Harap terus kekal menjadi Stesen Radio No. 1 di Malaysia.

5 comments:

  1. tahu tak mengape
    memang panggilan hangit tuh lawak je.
    yang pasal kuda tuh memang tak tahan aaaa..
    hahahahaha
    lawak2

    ReplyDelete
  2. Tulah pasal..kisah kuda tuh..hehe easy boy..easy body..hehe

    ReplyDelete
  3. aku pulak pagi2 layan din aznil kat era je. hehe

    ReplyDelete
  4. jai,jgn risau..nanti aku hantar no telefon n detail hang untuk panggilan hangit...muahahaha..

    ReplyDelete
  5. zaimi - aku pun kekadang layan gak era..tengok mood..

    Eyriqazz - Adeyyy komen hangit ker nie..janganlah bro..satu malaysia dengar tuhhh..aku nie kan pemalu..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails