Aku ingin berkongsi dengan semua orang berkenaan sebuah tempat yang aku boleh katakan cukup menarik untuk disinggahi kalau ada masa terluang.Kawasan atau tempat letak kedai nie agak tersorak dan berada sekitar jalan Imbi ,Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang tidak tahu tempat ini kerana selalunya,tempat sebegini hanya dilawati oleh pelancong-pelancong dari luar dan kurang dikunjungi rakyat tempatan.
Apa yang menarik berkenaan kedai ini adalah kebanyakan cokelat disini buatan Malaysia dan rasa setiap cokelat disini setaraf dengan cokelat yang berjenama (ini berdasarkan apa yang aku rasa...). Para pekerja begitu peramah sekali.
Pelbagai pilihan untuk kaki-kaki cokelat. Yang rasa durian pun ada,tiramisu dan banyak lagi.Harga-harga yang ditawarkan agak murah dan berbaloi-baloi.
Kalau bernasib baik bila pergi masa promosi engkorang akan dapatlah mungkin beli 5 free 1. Kalau nak cuba rasa pun tak jadi masalah, engkorang akan diberi peluang untuk merasa sample cokelat-cokelat tersebut. Kalau dah berkenaan,boleh borong habis.
Berbagai bentuk,besar dan kecik semua ada. Siap dibagi bakul besar untuk dipenuhkan. Buat bakal-bakal penggantin aku syorkan tempat nie untuk engkorang.Memang sesuai gitu..
Suasana didalam kedai begitu menarik sekali. Barangan disusun dengan teratur. Apa yang boleh aku katakan konsep dia lebih kurang "friendly Concept".
Cokelat yang berisi dengan isi durian. Pertama kali rasa dah terpikat. Memang sedap rasanya.Tak sangka kombinasi buah tempatan dengan cokelat mencipta rasa yang unik yang hanya terdapat di Malaysia. Kepada yang berminat boleh singgah di Beryl's Chocolate Kingdom. Aku jamin engkorang mesti puas hati.




chocolate!!!!!sye mau pegi sana
ReplyDeleteaku suka coklat
ReplyDeletejai suka jambu...
hik3...gurauje jai...
miss anne - kalau nak gi naik teksi bagi tahu..ada member bawak teksi boleh bawak gi sana dan boleh dipercayai lebih 100%..hehe
ReplyDeleteEyriqazz - takpe..takpe..hari nie aku jambu esok2 lu plak punya hari bro..hehehe..