02 March 2010

BLOGGER GATHERING BY MELZ - PAINTABALL


Apa yang aku boleh katakan pasal gathering hari tuh (sabtu 27th Feb) ialah A++ CLASS, tahniah kepada pihak penganjur yang begitu dedikasi menjalankan kewajiban sebagai blogger terhangat iaitu saudara MELZ. Tanpamu tak berseri majlis (tuh belum cik EPAL join dua kaki...mesti bro bersemangat macho..hehehe)..

 
 
 TUAN PENGERUSI MAJLIS..(ketinggian beliau memaksa aku ambik gambar bahagian badan dan kaki sahaja..ahaks3..jangan mare bro..)

Acara pembukaan dimulakan dengan acara senaman perut iaitu makan-makan di McDonald (gua terlewat sedikit...) yang diketuai oleh saudara MELZ dan dibantu oleh rakan beliau si JOGGER.

Seumpama misi menjejaki orang yang hilang pun ada ,macam nak pegi piknik kat"waterfall" pun ada tapi apa-apa pun kemeriahan terasa dengan tersusun kereta-kereta blogger cantekkk punya.

Hah..nie dah masuk kategori jungle trekking dah nie.Cukup mencabar untuk pergi ke tempat yang hendak dituju. Silap langkah buleh tergolek macam buah nangka wehh..sampai kat tempat yang ditujui,keadaan agak lenggang..
Aksi @ gaya cameraman profesional sedang menjalankan tugas. Pantang nampak bende menarik jerr terus klik..adey..semangat tegar blogger terhangat.

Lokasi padang tembak yang agak luas. Penuh dengan bunker untuk penembak berani mati sambil masak maggi..

Diperkenalkan jejaka tampan The Single. First time jumpa cukup peramah,senang diajak berkawan,berloyar buruk dan tak kedekut dengan ilmu didada terutama mengenai hal-hal kamera. Tabik Bro.

Inilah jejaka yang dok tangkap gambar banner tadi tak lain tak bukan FHAD the profesional cameraman. Gaya tahap pro tuhh..

Gambar nie aku cuma nak terangkan yang sibaju hijau tuh,empunya badan ialah Cik Lily Putih sila abaikan 2 orang mamat yang sibuk berdandan sebelum pegi berperang tuh..

Hah nie pulak mamat yang tercelah diantara Cik Lily Putih tadi iaitu saudara POJIE. Cukup bersemangat semasa sebelum acara peperangan dijalankan. Lepas peperangan lagi dia nampak bersemangat..

Nie lagi sorang tadi yang tercelah diantara Cik Lily Putih. Ikutkan nama glamer dia,gerun aku takut diajak bersumo. YobSumo begitulah gelaran glamer yang dia pakai.Tengok badan takdelah macam ahli sumo. Mungkin dah kurus kut,dulu mungkin bersaiz ahli Sumo..hehe

Yang gadis asyik tersenyum-senyum nie mesti ramai orang kenal,cuma aku jer tak kenal. Nama dia RINA SALLEH. Dengar citer dia kalau ikutkan dah capai tahap Top Model bahagian Tudung..hehehe. Memang cantik tudung yang dia pakai colourful. Belom lagi tengok Cover blackberry dia lagi canggih..nak tahu Cover camner sila sergah blog dia.

Yang dua orang nie aku tak payah kenalkan pun takpe,satu malaysia dah kenal diaorang..hehe..tapi aku kena kenalkan jugak,nanti diaorang serang aku..EYRIQAZZ dan JOGGER  kedua-dua pasangan ini toksah ceritalah peramah diaorang. Memang peramah.

Dalam gambar nie hanya sorang saja yang aku tahu nama,manakala pasangan beliau aku kurang pasti. Yang kat atas tuhh..jejaka pingitan..hehehe.. saudara HAN. Agak pendiam tapi masuk padang jerr jadik ganaz wa cakap lu..ahaks..

Nie antara orang kuat untuk gathering pada kali ini TASHA yang mana suami beliau kitaorang panggil awe merupakan commando yang terlatih dalam aksi perang paintball. Memang respect. Ingat kalau Awe dengan JOGGER digabungkan lawan dengan sumer orang aku rasa diaorang boleh menang..takpun kalau kalah,kalah nasib jerr..

Hah untuk gambar yang nie si Pojie dengan Cik Lily Putih jangan perasan pulak..mentang-mentang gambar diaorang clear..aku nak autofocuskan mata para pembaca kat rakan yang berdiri kat belakang tuhh..kalau gambar teknik diambik secara candid ada rupa macam penyanyi HAZIQ AF..kalau difokus tahap microskop anda boleh kesan empunya diri iaitu DAYDECK seorang lagi jurufoto yang berkaliber....


Hahh..yang kedua-dua gambar diatas telah diklasifikasikan sebagai pencarian jejak kasih. Aku tak cam nama ketiga-tiga blogger nie. Harap sapa yang tahu sila updatekan yerr..sorrylah dah tua. Selebihnya gambar  AINA tak clear so aku takleh nak paparkan kat dalam nie. Ada juga antara rakan-rakan blogger yang lain ada yang aku tak pasti nama mereka (Harap dapat update dekat komen ok..harap maaf yerr).

Yang datang lambat tak lain tak bukan AUS dan BEAN yang terkenal dengan ke"machoan" masing-masing sebagai jejaka blogger terhebat.Yang aku perasan datang hari tuh yang tak sempat aku ambik gambar pasal bateri handphone aku dah "kiok" iaitu ENY, CIK HELENA(menarik baju tuhh..hehe), JALAK LENTENG (hero malaya..),MrChenta (sorang lagi hero malaya..),WONG AH IAN (geng hero malaya..nie hero mixed blood),DILLA,AJWIN. Itu sahaja yang aku ingat..lepas tuhh aku hilang ingatan.

Aku mintak maaf kat blogger-blogger yang aku tak sebut dalam entry nie,bukan aku taknak aku tak tahu nama engkorang. So sesiapa yang tercicir sila updatekan dekat komen yerr,nanti ada masa aku sergah blog engkorang. Anyway, Keseluruhan acara cukup menarik..aku tak dapat tunggu engkorang habis pasal ada hal hari tuh. Ingat lain kali MELZ boleh organise buat trip pulak..nanti aku sokong dari belakang MELZ..setakat nie jelah jari jemari aku berkata-kata buat kali nie.

8 comments:

  1. meriahnya!!
    bestnye!!

    nak g
    dekat je
    tp segan
    sume blogger2 otai
    huk2~

    ReplyDelete
  2. terima kasih bro Coz sokongan padu ang untuk event nie :)

    Neway aku terkejut tuh eyriqazz cakap , JAI nak datang nie ( time kat mekdi ) oh kompem aku kena bahan! wakakkaka papepon tetibe ang kat belakang aku.. wakakak

    suprise ke ? :P

    yang baju tuh abang aku . merangkap diri sebagai Jack - Infokami.com/author/jack

    yang tuh Izma dan seorang lagi suami dia. hehe

    ReplyDelete
  3. yohh...."pasangan beliau?" She is dilla(tudung hitam baju kotak2)http://dillawrotewutt.blogspot.com, saje ajak member ni sbb tak taw nak pg taman melawati.... n dia ada pengalaman menembak...tapi tak jadi menembak.... nak taw knpe tanya la dia... klu dia maen for sure kite semua kena tembak...huhuhu

    ReplyDelete
  4. cayalh jai..
    aku rase pasni org da knl aku kot..
    asek datang lambat..
    hahaha...
    sleck la kau balik awal..
    hohoho..
    kalau x leh begabung meletop..

    da la tangge nak naik ke atas tu aku xnmpk..
    hahaha .

    ReplyDelete
  5. hanna -rugi tak gi,kalau tak boleh berkenalan dengan MELZ..hensem tau,jejaka rebut tuuu.hehe

    Melz- hahaha..memang aku datang nak cari bahan nak dijadikan bahan dan tak lain tak bukan bahan tu adalah lu..ahaks3..tapi best bro..next round kita gi trip ke Italy ker takpun ambik yang dekatlah gi jepun..hehe

    Han - laaaaa..Dilla rupanya.isyhhh..nanyuk betullah aku nie..minta maafkan orang tua nie yerr han..hehe.

    Aus - alah biasalah tuh..kalau engko datang malam sikit lagi orang kenal..menyumpah-yumpah orang wehh..hehehe


    **Melz la..Jack Sparrow tuh abang lu..nampak cam adik jerrr..hehe

    ReplyDelete
  6. alaaa..gambar eny tade kat sini :(

    ReplyDelete
  7. Alaa eny..memang nak ambik gambo you hari tuhh bateri takdak wehh..takpe lain kali gua ambik gambar eny posing dengan si aus ek..hehehe

    ReplyDelete
  8. jai... sori arr lmbt singgah... sbb rabu khamis jumaat aku x on lappy aku pun... suma thru hp....

    nampak gayanyer kena blanja ko men jetski kat putrajaya arr nih.. byk kalo pic aku masuk

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails