Kemunculan kembali Projek Khas yang dinanti-nantikan iaitu PROJECT ALPHA SEASON 2 bakal mengegar persada blogging sekali lagi. Tapi untuk entry ini aku ingin mengimbau kembali serba sedikit apa yang aku tahu berkenaan Projek yang terdahulu iaitu PROJECT ALPHA SEASON 1.
PROJECT ALPHA SEASON 1 merupakan program mengenai blogger yang terkenal yang dipancarkan secara Online di TV dan merupakan program yang pertama di Malaysia seumpamanya yang dibawa khas oleh penganjur utama iaitu ADDIDAS.Selain itu penaja-penaja lain terdiri daripada Ministery of Sound,RIMMEL,Sunway,HITZ.fm dan tak ketinggalan NUFFNANG
7 blogger terkenal telah dipilih untuk PROJECT ALPHA SEASON 1 ini yang terdiri daripada SIXTHSEAL, BEAUTIFULNARA, NICOLEKISS , BUDIEY , REDMUMMY, FOURFEETNINE dan KENNYSIA .
Rancangan ini telah di kendalikan oleh pengacara yang terkenal yang juga seorang blogger iaitu JOJO STRUYS.
Program ini lebih kepada pengenalan terhadap blogger-blogger di Malaysia yang ketika itu telah mendapat tempat dihati para pembaca blog dan mereka ini mempunyai pengikut-pengikut mereka tersendiri. Menceritakan keunikan seseorang blogger,sejarah penglibatan adalah antara sebahagian jalan cerita program ini.
Atas Kejayaan PROJECT ALPHA SEASON 1 yang lepas maka dengan ini penantian sekian lama untuk kesinambungan PROJEK yang seterusnya akan berlaku iaitu PROJECT ALPHA SEASON 2 dimana projek ini telah memulakan pengambaran dari bulan Januari / Februari dan bakal disiarkan pada April 19, 2010. Rasa teruja dan tidak sabar untuk mengikuti Projek ini,kerana ia mempunyai keistimewaan tersediri buat aku yang buat pertama kali ingin turut serta mengikuti perkembangan seterusnya.
Dibawa khas kepada anda:



project alpha ni untuk blogger terkenal je ke?
ReplyDeleteYupp..diaorang dah ada blogger-blogger terpilih..salah sorang azwan ali dan ada 6 orang lagi terpilih..saya mungkin umo 70tahun baru terpilih kut..hehe
ReplyDeleteklak season 3 kita rami-rami ngaro project alpha ya.. hehehe
ReplyDeleteproject alpha best...dlm 7 tujuh tu,siapa yg ko paling teruja nak jumpa jai?
ReplyDeleteHajib - Nyalah ko..no hal bro..kelak rami-rami turun padang.
ReplyDeleteEyriqazz - Si mulut lazer tak lain tak bukan azwan ali dengan ninie
salam hai...singgah sini....
ReplyDeletesaya pun dpt jugak RM20....=)
ReplyDelete