Apa nak jadi? Bertarikh hari ini iaitu 14hb March 2010 berita terhangat berkenaan sorang lagi Artis Malaysia buat hal. Artis lelaki ini merupakan seorang pemain gitar kumpulan yang cukup popular pada era 90an. Kumpulan EKAMATRA merupakan salah satu kumpulan yang begitu aku minati. Biasalah zaman ROCK KAPAK.
Terkenal dengan lagu yang ngetop zaman 90an, iaitu antara yang aku tak dapat lupa Sentuhan Kecundang dan Pusara di Lebuh Raya. Kali terakhir mereka mengeluarkan Album Mimpi pada tahun 2004. Sayang seribu kali sayang,akhirnya terkubur kumpulan yang begitu hebat.
Aku tak pasti nama pemain gitar EKAMATRA ni. Segala maklumat engkorang boleh baca dalam suratkhabar UTUSAN ONLINE. Aku baca,aku cukup sedih dan kesian dengan nasib pemain gitar ini. Bukan setakat tu,abang kepada pemain gitar ni pun kaki curi.Masih dicari polis,kes curi kereta kancil berharga RM25,000 dan lain-lain lagi. Adeyyy tak abis-abis,selepas diperiksa mamat ni memiliki ganja dan syabu jugak..lepas satu,satu lagi kes dadah..sendiri mau ingat..

No comments:
Post a Comment