14 March 2010

BERITA HANGAT ARTIS DITANGKAP MENGEDAR DADAH..


Industri seni dikejutkan oleh berita ini. Aku pun tak sangka perkara ini boleh berlaku. Aku rasa semua orang tahu kes nie dan telah menjadi muka hadapan dibeberapa suratkhabar seperti BERITA HARIAN hari ini 14 March 2010. Cukup sedih bila perkara begini berlaku,lebih-lebih lagi artis ini memiliki bakat semulajadi dan amat berbakat sekali. Artis yang aku maksudkan adalah Khaeryll Benjamin Ibrahim, 31 tahun atau lebih dikenali BENJY.


Aku buat entry nie kerana cukup tersentuh dengan apa yang dikatakan oleh ibu beliau iaitu aktress dan seniman yang satu ketika dulu cukup tabah menempuh pelbagai dugaan apabila disahkan menghidap kanser iaitu AZEAN IRDAWATY. "Hati Saya Luluh" begitulah kata-kata beliau membuat sesiapa sahaja terutama yang bergelar IBU akan tersentuh.

Harap beliau bersabar menempuh sekali lagi dugaan besar ini. Yelah kes si BENJY ni dibawah Seksyen AKTA 39B Akta Dadah Berbahaya hukuman Mandatori MATI tu, sebab jumlah dadah kokain yang dijumpai melebihi 40gram iaitu 800gram. Aku taknak cerita panjang-panjang,engkorang bacalah kisah dia dalam suratkhabar untuk maklumat selanjutnya.Harap artis di malaysia berfikirlah tentang masa depan mereka,jangan ambik jalan mudah untuk kesenangan.

11 comments:

  1. kesian hati si ibu, sungguh.

    tapi apa boleh buat,
    kalau betul anak dia bersalah memang patutlah diberi hukuman yang setimpal.

    boleh beri pengajaran juga pada orang yang mungkin nak cuba berjinak-jinak dengan jual dadah ni.

    pengajaran juga pada orang yang nak beli dadah tu.

    apa-apa yang terjadi mesti ada hikmah.insya-Allah.
    ReplyDelete
  2. sebelum ni tertanya-tanya siapa le orangnya
    ReplyDelete
  3. ooo...
    patut la gue da terdengar sblm ni...
    artis atau tidak..
    hukuman tetap dikenakan...
    ReplyDelete
  4. benarlah apa-apa pon kena terima dgn kesabaran dan ketabahana Allah sayangkan kak yan, dia kuat sggt menempuh hari2 kritikal dia disahkan mendapat kanser... kini Allah uji lagi dia dgn perkara yang lebih dahsyat.
    tahu lah naluri ibu kalau masalah dari diri sendiri mesti boleh diatasi tapi kalau bab anak......ibu mana yang boleh tahan.... cuma doakan je la kak yan lebih tabah dari hari2 sebelumnya.
    ReplyDelete
  5. Apa boleh buat kan? :( Kalau dah salah mestilah terima padahnya.
    ReplyDelete
  6. salam..
    mcm x percaya pun ada..yg salah tetap salah,tp pada sy cerita yang menjadi punca dia melakukan tindakan sedemikian juga perlu dicungkil..
    blogwalking..
    ReplyDelete
  7. Yatee - Betul. Setuju dengan pendapat you. Yang sedih si ibu yang melahirkan mereka.Harap mintak azean irdawaty redha.

    Sharinginfoz - Itulah pasal,tak sangka pelakon yang begitu dikenali..

    Mietosai(hehe..jangan maree)- Setuju,dah negara kita ada undang-undang kena patuhi. Tapi Hukuman MATI tuhh..kesian Ibu dia.

    Ija - Dugaan yang begitu kuat buat azean irdawaty. Ibu mana tak sayang anak walau jahat sekalipun anak mereka. Harap beliau tabah..

    Tekkaus - Agree..yang salah tetap bersalah.Biar jadi pengajaran buat artis-artis lain.Gunakan Otak sikit!! Jangan fikir nak buat,tapi biar fikir nak elak...

    Md Nasir - Salam,Aku setuju..salah tetap salah. Rambut sama hitam bro hati lain-lain. Elok gak dicungkil dan dijadikan pengajaran buat artis-artis yang mungkin ada terlibat tapi takde bukti
    ReplyDelete
  8. tapi kalau dia memang jual kerana nan membiayai perubatan mak dia cmner plak...appe2 pun mak dia tetap sayangkan anak dia...
    ReplyDelete
  9. azman - bagi aku setiap yang salah tetap kekal salah. Ada jalan lain boleh cari.Ada kemungkinan dia cari untuk membiayai perubatan ibu beliau tetapi tak berbaloi kerana menyusahkan diri sendiri dan keluarga. Hukuman mati tuhhh.Ibu mana tak sayangkan anak...
    ReplyDelete
  10. Apeda...org makan nasik.. ko nak makan dadah.badan jr gemok,otak zero...
    Sian la kt makpak ko tu..
    ko pun satu...ingat jadi budak biol dlm drama je,kat luar lg bapak biolnye....
    bodoh punya benjy...(geram nie2X)
    ReplyDelete
  11. tkyah la nak kesian2 kt kalau org tuh dah wat salah mmg patut kene...byk lagi org yg kene hukum gantung pasal dadah ade mak ngn bapak..tkde plak korang kesian kat mak bapak die...sbb die ni artis,and mak die pun artis je...nonsense..
    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails