28 March 2010

BENJY TERLEPAS HUKUMAN GANTUNG ?

Pagi-pagi seperti biasa rutin aku,aku mesti dapatkan suratkhabar. Dah menjadi tabiat. Jadi hari ni ada segmen yang agar menarik dalam Suratkhabar MINGGUAN MALAYSIA Bahagian PANCAINDERA iaitu tak lain tak bukan kisah sensasi Artis yang ditahan ketika ini iaitu BENJY @ KHEARYLL BENJAMIN IBRAHIM.

Kredit kepada penulis JOYAHSPOT yang membuat ruang PANASEMINGGU. Topik yang dipaparkan beliau  dalam salah satu segmen dalam PANCAINDERA  iaitu BENJY TERLEPAS HUKUMAN GANTUNG sedap dilihat.Itu yang aku tak faham bagaimana dari satu akta pindah ke satu akta. 

Aku dah naik celaru akta mana yang sepatutnya dikenakan kepada Benjy.Sebelum ini BENJI telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki mengedar dadah yang mana sekiranya disabitkan kesalahan Hukuman Gantung sampai mati akan dikenakan.


Ikutkan akta terkini yang BENJY didakwa adalah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun dan kedua-duanya sekali.

Semasa penahanan beliau,polis telah menggunakan satu lagi akta iaitu  Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membolehkan pelakon itu ditahan selama 60 hari. Berapa banyak akta daaa..

Kes ini pasti akan menjadi salah satu kes yang sensasi yang melibatkan artis malaysia tahun ini dan aku kemungkinan besar juga akan terus  mengikuti perkembangan kes ini,itu pun kalau ada maklumat yang terkini aku terbaca atau sebaliknya...(Nak jerr pegi jumpa Ibu beliau nak tahu maklumat lanjut..hehe dah macam jadi reporter pulak...)..

7 comments:

  1. Hhahak , tak taw la mane betul skrg ..

    ReplyDelete
  2. aku ade bace notes daripada akak die. sdeh beb

    ReplyDelete
  3. Aus - Itulah pasal..

    ARC - bro lu baca kat mane??

    ReplyDelete
  4. camne ek boleh terlepas hukuman gantung? xpe la....dah rezeki die...mungkin ada hikmah....tapi nk pikirkan balik...dulu datuk die kan datok bandar KL...so maybe kontek kuat la kan...ini hanyalah spekulasi....money talks....ada duit sumer jalan....

    ReplyDelete
  5. tapi si mangkuk benji nie perosak bangsa ~
    gantung jek ~!! ada kilang tu !!!!
    kalau bawak 2 @ 3 ratus gram laju jek nak gantung ~ mahkhamah malaysia sudah semakin tidak telus ~!!

    ReplyDelete
  6. Anon 1 - Yelah nak gantung camner brg sejemput jer bro..kalau datuk dia datuk bandar KL sekali pun tak leh nak tolong daaa...kalau dia ada duit baik buat berubat untuk azean irdawaty broo

    Anon 2 - Perghh mana dapat info ni bro benji ada kilang? Mana dia dapat duit sebanyak tuh nak buat kilang? Dia loan dengan bank ker? Atau sindekit yang support? Stahu gua polis kata dia bergerak sorang diri,polis pun tak berani nak charge gantung sebab barang yang dia ada cuma 0.24 metaphamine ape entah..selidik dulu jangan setakat dengar dan nampak sekali terus jump to conclusion bro..

    ReplyDelete
  7. mana ade kilang la..kalo mmg ade kilang dah lame dh mati benjy tu..kite xtau citer sbnr,so jgn ckp undang2 negara xtelus..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails