26 March 2010

BENJI @ KHAERYLL BENJAMIN IBRAHIM BEBAS LAPAN MINIT?

Pelakon Drama BENJI @ Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, dibebaskan dengan ikat jamin selepas mengaku tidak bersalah diatas tuduhan memiliki dadah jenis metaphetamin hanya mampu menghirup udara luar selama 8 minit.


Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya. 

Kali ini penahanan beliau dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membolehkan pelakon itu ditahan selama 60 hari.Apa yang dimaksudkan ADB  (Akta Dadah Berbahaya)? Ia merupakan Langkah-Langkah Pencegahan Khas digunakan bagi menangani mereka yang diyakini terlibat dalam pengedaran dadah tetapi tidak mengendalikan, sebaliknya hanya mengeluarkan arahan dan menjadi orang tengah dalam urusan jual beli. 

Sebelum ini BENJI telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 kerana disyaki mengedar dadah.Nampak gayanya kes BENJI ini akan berlarutan agak panjang. Aku harap moga ibu beliau tabah menghadapi dugaan ini.

5 comments:

  1. kesian jugak kat benjy tu ye? baru lepas kena tangkap balik. mesti ramai yang pertikaikan undang-undang digunakan untuk tangkap dia. macam mana dengan duit jaminan tu ar? dapat balik ke tak? kalau tak dapat memang bertambah2 la dugaan dia.

    ReplyDelete
  2. ak rasa dia ni memang betul2x bersalah la..


    http://belogbagus.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. POLIS M'SIA MEMANG TERBAIK DLM KES BEGINI

    ReplyDelete
  4. wah..makin hebat jai bermain dengan soe..tahniah...sorry,lambat skit terjah..next week ko aku terjah hang..kasi kauu punya sampai hang menangis..

    ReplyDelete
  5. mintak anak2 kita dijauhkan dr benda2 mcm ni... klik hp

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails