Tajuk entry aku kali nie bukan bermaksud aku nak berkasar sebenarnya. Nampak macam keras bunyi tajuk aku kali nie tetapi maksud tersirat teramatlah lembut. Aku perlukan pandangan dari semua penjuru dalam usaha aku untuk memperbaiki , mencantikkan,meringankan dan apa-apa yang kurang atau terlebih berkaitan dengan blog aku ini. Mungkin pada pandangan aku dah ok,mungkin pandangan kamu berlainan. Hasrat aku inginkan blog aku ini seboleh-bolehnya berkonsep "USER FRIENDLY". Setiap pandangan aku cukup hargai dan berterima kasih teramatlah sangat.
Bagi aku masih banyak kekurangan lagi dalam blog aku ini. Dengan ditokok tambah idea dari kamu semua nanti dapatlah aku memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam blog ini. Biarlah sama-sama sedap mata memandang. Jadi apa lagi sila tinggalkan komen,tak kiralah nak puji ke,nak kutuk ker aku terima seadanya,itu pun kalau sudi,aku tak paksa,biarlah komen jujur dari hati nurani kamu masing-masing.

6 comments: