21 March 2010

ANTARA ARTIS YANG KUTEMUI...


Entry ini merupakan penamat bagi entry TOM TOM BAK DENGAN AZNIL. Terus terang gambo AZNIL satu pun takde dalam entry ini.Ini disebabkan aku tak sempat nak bergambar dengan beliau. Orang terlampau ramai terutama kanak-kanak. Lagipun rakaman hari tu abis dalam pukul 10.00 malam.Aku pun dah penat.Apa-apa pun hari yang sungguh meriah dengan kehadiran artis-artis jemputan beliau.


Dua artis nie mula-mula aku tak perasan,dek kerana sorang artis tuh pakai spek punyerlah glamer abis membuat aku tertanya-tanya sapalah minah spek besau ni. Laa..lepas aku recall balik memory aku yang sembab ni baru teringat nama dia..tak lain tak bukan DIDIE ALIAS dan NOORKHIRIAH..pelakon filem dan drama yang cukup terkenal. Diaorang nie cukup peramah,boleh ajak sembang sambil minum nescafe..


Mamat sorang nie aku tegur terus datang jumpa aku,macam dah lama kenal..hehe.respect bro,memang tarak sombong,aku rasa dia nie jenis hormat kat orang. Very the selamberr..terlampau teruja sampai herot mulut aku wehh..


Yang sorang nie sikit hari dinobatkan sebagai raja..bukan sebarang raja,raja shuffle..ramai peminat teruja nak ambik gambo dengan mamat nie. Aku seperti biasalah buat cool gak..hehe.Apa-apa pun respect gak dengan mamat nie,ada unsur menghormati orang tua (adeyyy tua ker aku....hehe).


Gambo candid yang sempat aku rakam sebelum acara recording bermula. Apa yang diteleng oleh mamat nie aku pun tak tahu. Crew astro sedang memberi arahan mungkin mengenai persiapan kut..


Perasan tak siapa budak cilik yang cute nie. Itulah dia ALISYA adik yang sering keluar dalam rancangan Tom Tom Bak bersama Aznil dalam Segmen Jom Borak (Kalau tak silap akulah...) Cukup ceria dan peramah gak.


Sebelum balik anak-anak aku sempat mengambil gambar dengan pelakon-pelakon cilik ni iaitu HAZIQ dan ALISYA. Bukan main teruja anak-anak aku bila dapat bergambar dengan budak-budak nie. Ni pun dah dekat dalam pukul 10.00 malam dan nampak kepenatan pelakon-pelakon cilik selepas satu hari kat studio. Memenat jugak rutin jadik pelakon nie,dari pagi sampai kemalam recording..perghh alahaiii pelakon...

4 comments:

  1. Penat ek jadi pelakon tu..
    buat apa kat situ bro??

    ReplyDelete
  2. True bro..when you meet and get to know them,you'll feel great..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails