Aku menang RM6,000.00 semalam. Semalam aku telah menerima berita mengejut yang mengatakan aku telah berjaya memenangi peraduan SPEEDMASTER F1. Berita ini cukup mengembirakan aku. Tetapi aku belum membuat pengesahan lagi mengenai kemenangan aku ini lagi.
Ikutkan hati memang suka terima berita macam nie. Tetapi aku tahu ini hanyalah angan-angan belaka. Ingin aku perjelaskan disini,sekiranya sesiapa antara kamu menerima SMS seumpama ini,sila abaikan.Ini adalah AMARAN ikhlas dari aku agar perkara yang pernah terjadi kepada kawan aku terdahulu tidak berulang.
Jangan ingat nak kaya cepat dengan jalan mudah. Perkara ini pernah terjadi dengan kawan aku,bila beliau menerima SMS in dan beliau telah menghubungi nombor yang diberikan. Sesudah dapat menghubungi nombor yang diberikan,bermacam-macam soalan ditanya berkaitan dengan pemenang sehinggalah sampai satu peringkat kawan aku seperti terpukau sehingga terberi No akaun beliau.
Modus operandi sindiket ini,ialah mereka akan memutar belit setiap ayat bila bercakap dengan mangsa sehingga sampai ditahap dimana sindiket ini akan meminta mangsa mengaktifkan akaun mobile didalam laman Web bank tempatan. Sebenarnya Laman Web yang diberi adalah bukan Laman Web asal bank tempatan. Reka bentuk Laman Web tersebut memang hampir serupa dengan Laman web Bank tempatan dan ini dengan mudah mengelirukan mangsa terutama yang tidak biasa menggunakan servis Online.
Bila dibuka simangsa telah memasuki nama pengguna dan katakunci pada Laman Web tersebut dan bila katakunci dimasukkan akan keluar Notis menyuruh simangsa menukar katakunci. Bila katakunci baru diberikan,Laman Web tersebut secara automatik telah menyimpan katakunci yang asal dan inilah permulaan simpanan simangsa akan lenyap...
Simangsa kawan aku ini telah kerugian hampir RM2,000.00 dan beliau tak akan dapat kembali wang yang telah lenyap walaupun laporan polis telah dibuat,kerana sindiket ini begitu cilik dan mempunyai rangkaian antarabangsa.
Moralnya,sekira ada antara kamu menerima SMS sebegini aku sarankan elok di"delete"kan kerana aku takut perkara yang sama akan terjadi seperti kawan aku tadi. Bukan Mudah untuk Senang dan bukan mudah untuk kaya sekelip mata. Biarlah berjaga-jaga sebelum terkena...HATI-HATI
BLOGGER WE CARE


wah bahayanya. sebab tu aku tak pernah layan mesej2 spam dari handphone ni. risau takut jadi macam tu gak. kalau urusan banking lagi selamat buat offline je. tapi kalau nak online boleh cuma kena kuatkan security dan sentiasa hati-hati.
ReplyDelete