15 March 2010

AKTIVITI PARANORMAL BERLAKU DALAM BLOG AKU??


Sesuai dengan tajuk entry aku kali ini,blog aku seolah-olah terkena tempias aktiviti paranormal yang berlaku baru-baru ini iaitu kemunculan UFO sehingga menjadi tajuk muka hadapan akhbar tempatan. Mungkin entiti-entiti ini melayari blog aku semasa mereka melalui kawasan udara dimalaysia pada hari itu. Hanya sekadar teori meraban dari aku.


Kenapa aku kata begitu? Atau secara kebetulan? Persoalan demi persoalan timbul dalam kepala aku dan akhirnya aku akur dan terima sahaja apa yang berlaku. Aku redha dan pasrah.


Kenaikan mendadak pengunjung atau "Unique Visior" kedalam blog aku secara tiba-tiba menimbul pelbagai spekulasi dalam diri aku. Pada mulanya aku teramatlah risau sekira terjadi sesuatu kepada blog aku,contohnya kena serang oleh hackers @ pengodam.Tetapi selepas aku renung-renungkan apa yang aku telah lakukan kepada blog aku, baru aku faham salah satu diantara dua puncanya kenapa fenomena ini berlaku.

KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN..

Sebagaimana seperti selalunya,terus terang aku ingin bagitahu disini, "hits unique user" aku sekadar dalam lingkungan purata 100 sahaja sehari,kekadang dibawah 100. Tetapi tanggal 14hb Mac 2010, telah terjadi fenomena paranormal dan kekadang terasa seperti berlaku gegaran gempa bumi berukuran 12 richter berpusat diatas bumi kerana blog aku telah berjaya ditembusi oleh "unique user" seramai 634 orang. Keputusan diluar jangkaan,seperti Pasukan Bola Malaysia mengalahkan Manchaster United 10 berbalas 0.

KLIK UNTUK MEMBESARKAN AKTIVITI PARANORMAL

Salah satu punca yang dapat aku kesan kenapa fenomena ini berlaku adalah entry aku pada hari Ahad 14hb Mac 2010,iaitu entry BERITA HANGAT ARTIS DITANGKAP MENGEDAR DADAH yang telah membantu meningkatkan lonjakan paranormal "unique visitor" aku ini. Buktinya? Keywords yang aku paparkan diatas sebagai bahan bukti untuk mempertahankan pendirian aku bahawa keywords inilah merupakan salah satu medium yang terbesar dalam menyumbang perubahan drastik kunjungan dari luar kedalam blog aku. Jumlah keseluruhan keywords yang digunakan pada hari itu dalam 360.

Aku cukup teruja,meski pun kecewa dengan cerita didalam entry aku itu. Apa-apa pun aku telah menemui satu lagi jalan untuk mengerakkan "Unique Visitor" aku yang tengah tidor dan itulah kuasa KEYWORDS.

16 comments:

  1. wow! that's a lot of unique!!
    ReplyDelete
  2. keywords is very important factor..
    ReplyDelete
  3. words which used for labels are the keywords?
    ReplyDelete
  4. benjy dadah? who is benjy? haha.. but yeah.. that's what happens when you blog about "hot" news =)
    ReplyDelete
  5. perghhh...tak pernah dapat tahap tuhhhh
    ReplyDelete
  6. okok...many ppl is looking forward UFO nw..(i thk me nid blog abt ufo)

    from Nikel Khor
    ReplyDelete
  7. TEY - thats why lorr,its more on the effort that i did..

    Supia - Agree and also the story you going to post too.

    kenwooi - Benjy,well known malay local artist,caught because selling and processing drugs. Agree bro the hotter the better.

    Richard - True, add in the keywords in the labels

    naman - Ni pertama kali dapat hit macam nie. Lepas nie susah kut melainkan ada artis kena tangkap edar dadah lagi..hehe

    Nikel - Can bro,but now slown down a bit,should post when you get the news earlier or same time when the news came out..
    ReplyDelete
  8. keep it up! use more keywords :)
    ReplyDelete
  9. w3ndee - Thanks,will do..more keywords more hit..hehe
    ReplyDelete
  10. hehe
    ingatkan ada apa la td..
    bese arr..yg hot hot sume suka

    http://aproposjournal.blogspot.com/
    ReplyDelete
  11. betol tu.. keyword sgt penting.. pastu jgn lupa guna tajuk yg samar2 atau kontroversi/panas..
    ReplyDelete
  12. I'me sure those are nice tips. but I can't understand what you're saying. haha :-)
    ReplyDelete
  13. pergh..... peningkatan visitor yang amat mendadak tue....gempak seh...
    ReplyDelete
  14. itulah namanya kuasa SEO dan hot keyword....
    ReplyDelete
  15. wow.... kalau ari2x dapat unique visitor cenggini... sure senang dapat buffered earning kan....
    ReplyDelete
  16. hi.. sy masih keliru dengan isitilah 'keyword' ini.. boleh bagi contoh kah?? terima kasih..
    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails