27 January 2010

SAYA NAK CUTI

Tengah-tengah aku buat kerja tetiba terkeluar pulok dahh abang BEAUTIFULNARA punya posting serba sedikit mengganggu konsentrasi aku dari buat kerja. Apa taknya posting beliau kali ini agak berbeza dan menarik-narik jari aku menekan posting beliau yang agak luar biasa.

Inilah yang aku nanti-nanti selama ini…PERCUTIAN…dari MAS Traveller



Peserta kena bagi tahu sebab-sebab kenapa anda berhak untuk impian ini dan untuk kesenangan bersama anda bacalah terma-terma kat website diaorang ok sebab kalau aku buat kat sini memang sampai besok tak abis cerita.

Disini aku sertakan contoh macam mana nak buat karangan disertakan sebab-sebab sekali.Ingat TIDAK LEBIH 350 perkataan sahaja wehh. Kalau lebih engkorang melancong dalam mimpi sahaja.

Dibawah adalah contoh karangan yang terbaik yang pernah dihasil..diatas sedikit dari karangan saudara kita di BEAUTIFULNARA..ahaks..ahaks..

Buat Pihak penganjur peraduan ini,ingin saya maklumkan kepada pihak tuan bahawa saya merasa sangat terharu dan teruja diatas penganjuran peraduan ini. Saya dengan sukacitanya mencalonkan diri saya untuk peraduan ini diatas sebab-sebab berikut :

Saya tidak pernah memenangi apa-apa peraduan melancong sepanjang saya hidup selama lebih 30 tahun kecuali cabutan bertuah berupa hamper.

Destinasi utama saya pilih adalah JAKARTA .Saya memilih JAKARTA adalah kerana orang rumah saya dah pernah pergi, tetapi saya belum pernah menjejak kaki  disana sebelum ini.

Sebab utama sekali adalah saya amat teruja dengan layanan 5 bintang yang bakal dinikmati dari mastraveller.

Dan seterusnya…tak larat aku nak menaip…

Buat sesiapa yang nak join aku pegi melancong..meh..meh..terjah website nie MAS Traveller



GOOD LUCK GUYS..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails