07 January 2010

RAY BAN -GENUINE SINCE 1937

Kenapa saya minat dengan RAYBAN ?Sememangnya,jenama RAYBAN telah lama sebati dengan diri saya cuma kemampuan sahaja yang menghalang. Tahukan anda jenama RAYBAN terutama buatan dari USA amat bernilai pada ketika ini. Ini adalah disebabkan RAYBAN buatan USA sudah tidak dikeluarkan lagi setelah Syarikat yang berpengkalan di USA diambil alih oleh Luxottica dari ITALY pada tahun 1998.

AWAS!!! Tahukah anda bahawa kacamata RAYBAN Tiruan dari China mempunyai tahap tiruan 75% dari asal. Bermakna kes kena tipu oleh penjual amat cerah sekiranya tidak diteliti dengan betul kacamata yang dibeli.

Salah seorang OTAI Rayban iaitu saudara yang lebih dikenali sebagai ACAN adalah merupakan salah seorang peminat kacamata RAYBAN dan beliau juga seorang penjual barangan asli kacamata RAYBAN ini.

Antara koleksi RAYBAN yang sukar dicari dan termahal ada pada beliau seperti gambar dibawah (gambar dan info ihsan dari saudara ACAN setelah mendapat kebenaran dari beliau). 

Ray Ban Gold Solid 14K #0312 Limited Production Series




Frame yang diperbuat daripada emas tulen 14karat atau mengandungi 58.3% logam emas dan selebihnya diadun bersama-sama logam lain untuk mendapatkan pengukuhan struktur frame yang maksimum.



Diperbuat di Jerman Barat ketika itu pada lewat 80-an sebelum penyatuan bangsa Jerman.

Cermin berkomposisi seakan-akan lensa G-15DH Diamondhard dilengkapkan dengan cetakan "Ray Ban Gold" pada lensa sebelah kiri sudah semestinya cuba menidakkan keterbiasaanya di dalam pasaran Ray Ban model aviator ketika itu dan sehingga ke bila-bila waktu pun.
 
Harga pasaran semasa yang tidak begitu jelas kesahihannya, mungkin sudah melangkaui RM15,000.

Segala penerangan adalah dari saudara ACAN yang lebih arif dan saya hanya sekadar ingin berkongsi atas dasar minat dan kepada rakan-rakan blogger yang belum pernah melawati blog beliau anda harus sesekali melayarinya kerana hanya yang terbaik dipamirkan....

4 comments:

  1. Rayban is good. i always wear polarized model.

    ReplyDelete
  2. True bro..rayban is the best and i do appreciate the classic and genuine rayban which was made in usa those days...

    ReplyDelete
  3. sib baik aku bukan peminat rayban..kalau tak aku dah rembat ni..

    Great Teacher Onizuka

    ReplyDelete
  4. Ray ban memang pilihan dan gaya lelaki sebenar

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails