Kali ini post istimewa ini berkenaan siapa itu Great Teacher Onizuka. Selama ini apa yang saya tahu hanyalah nama yang berunsur nama jepun yang diguna oleh rakan blogger saya iaitu bro eyriqazz. Sememangnya selama ini tidak diketahui secara mendalam siapa itu GTO (Great Teacher Onizuka) dan untuk pertama kalinya dan buat sesiapa yang tidak tahu siapa itu GTO disini saya cungkil serba sedikit berkenaan GTO.
Great Teacher Onizuka (atau singkatan menjadi GTO) sememangnya telah dikenali melalui 3 versi media iaitu manga,anime dan juga drama. Dan yang pasti untuk drama GTO sebanyak 11 episod telah dikeluarkan dan sebuah filem telah dihasilkan denganTakashi Sorimachi berperan sebagai Onizuka dan Nanako Matsushima sebagai Azusa. Drama ini telah diarah oleh Masayuki Suzuki. Lagu tema pembukanya berjudul "Poison" dan dinyanyikan sendiri oleh Sorimachi. Banyak penyesuaian dari versi manganya agar lebih sesuai untuk ditonton atau disiarkan di TV.
Manga keluaran 1 GTO
Sinopsis serba sedikit berkenaan cerita GTO ini :
Eikichi Onizuka, 22 tahun, adalah Ketua pemimpin geng bermotor yang tidak tahu apa yang dilakukan dalam hidupnya. Dia bertemu seorang gadis yang menyemarakkan keinginannya untuk menjadi seorang guru. (He is very athletic, as he can bench press 150 kg (331 lbs), has a second dan black belt in karate, and claims he performs 500 push ups, 1000 pull ups and 2000 Hindu squats daily).
Onizuka berhasil menjadi guru di kemudian hari, namun Onizuka tidaklah sama dengan guru-guru yang sudah ada. Wataknya keras kerana dia pernah menjadi anggota geng. Dia juga memiliki sifat sangat berani dan tidak memperdulikan undang-undang sekolah yang sedia ada. Dengan perilaku seperti itu, dia menyelesaikan berbagai permasalahan hubungan antara murid di kelasnya dangan cara yang tidak biasa, seperti mengancam murid yang berlagak dengan ancaman akan menjatuhkannya dari atas sekolah.
Dengan wataknya yang agak berbeza ini, beliau dibenci hampir semua orang di sekolah. Akan tetapi, pada akhirnya, banyak yang menyedari bahwa Onizuka adalah orang yang berjiwa bersih dan boleh mengatasi setiap permasalahan yang dialami murid maupun rakan sejawatnya..
Agak menarik juga cerita GTO ini sekira difahami..unsur-unsur kebaikan dalam kejahatan yang dapat saya fahami serba sedikit..mungkin ada masa akan saya cari cerita-cerita GTO ini sekadar mengisi masa lapang jika ada kelapangan.



Minat gile citer ni dulu.. Punye tangkap cinta sama itu Takashi Sorimachi zaman sekolah dulu..hehe
ReplyDeleteItulah pasal..kalau tak kerana bro eyriqazz nie..tak tahu den sapo Mr.GTO nie..hehehe..menarik gak sinopsis dia..
ReplyDeletewah2mterharunya aku JAI..mmg minat giler GTO...manga beberapa kali aku layan,drama pun same..tapi dvd2 tu member aku dah hilangkan..adush..nak kena pi beli yg baru..
ReplyDeletehttp://eyriqazz.blogspot.com/2010/01/kuiz-bersama-eyriqazzgreat-teacher.html
Muka si Takashi nie familiarlah bro...memang patut diminati bro siri GTO nie..dulu2 pun gua layan gak tapi bukan GTO..DragonBall..hehehe..
ReplyDeletecerita kegilaan ni... siap ada kawan aku tu jadi cikgu sekarang sebab dia pun nak jadi cam onizuka gak... cool gila..
ReplyDeleteBetul tuh jeff..kawan aku sampai sekarang masih nampak kegilaan tahap maksimum dengan onizuka nie tak lain tak buka Eyriqazz Great Teacher Onizuka..hehehe nasib baik tak kena hantar tanjung rambutan..ahaks
ReplyDelete