12 January 2010

DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE


8 Cabaran perlu ditempuhi dalam masa 2.5 jam. Itulah yang perlu dihadapi oleh semua pasukan untuk cabaran DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE bertempat di MARDI GRAS ,1UTAMA Damansara pada 9 Januari 2010. kehadiran kumpulan kami iaitu D’STAR dengan motto “NEVER SAY NEVER” adalah untuk menambahkan kemeriahan cabaran tersebut.


 D'STAR (DiGi STAR)

Tertubuhnya kumpulan Kami iaitu D’STAR (Digi STAR) yang terdiri dari The Specialist @ JAI, The Tracker @ MIE, The Anchor @ EYRIQAZZ dan The Rock @ A.R.C adalah untuk menyahut dan memberi cabaran buat semua peserta,tak kiralah Menang atau Kalah kerana sememangnya itu adalah adat permainan.Yang penting acara ini dapat memupuk semangat persahabatan dan kerjasama diantara blogger-blogger dan ini merupakan pengalaman yang amat berharga.


SUASANA DIKAUNTER PENDAFTARAN 

Kaunter pendaftaran dibuka tepat pada pukul 2.30 petang.Selepas selesai mengisi dan menandatangani borong pasukan kami telah didaftarkan sebagai TEAM 20 dan sebelum pendaftaran pasukan kami telah terserempak dengan pasukan yang tak kurang hebatnya iaitu REDNARA (dalam hati berkata..ekelah boleh makanlah team nie..hehehe)..


Sesi isi borang kawen..opsss..borang pendaftaran daa...

3 Orang dari Team REDNARA dan Sorang dari Team D'STAR sedang berlawan senyum
Sebelum acara bermula pihak penganjur telah mengadakan sesi taklimat berkenaan dengan peraturan dan cabaran-cabaran yang bakal dhadapi oleh para peserta dan juga sesi mengambil gambar peserta-peserta yang mengambil bahagianRingkas dan padat taklimat dari pihak penganjur. Para peserta amat teruja untuk memulakan cabaran…

 
Peraturan Cabaran

Goal??..nak kena score goal kerr..hehehe



8 Challenge Stations 
 
Para peserta teruja dan tak sabar nak beraksi (lagi-lagi si phatgurl..hehehe….) 

 

“The Taukey” memberi kata semangat dan mendapat sokongan padu dari Team-team yang turut serta

Perjalanan Cabaran bermula…



Aksi The ANCHOR membuat analisa ( atau carik kedai makan..hehehe)
Bermula dari dalam  MARDI GRAS semua perancangan telah diteliti oleh THE ANCHOR agar pencarian berjalan dengan lancar dan dengan itu D’STAR telah memilih Station Pertama iaitu:


1. DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with RAINFOREST – bulls eye!!

Agak mencabar dimana skil yang tinggi diperlukan untuk menyumpit.Agak susah pada mula tapi nampak mudah.Team D'STAR telah melakukan sumpitan terbaik diperingkat ini dengan skil tersendiri masing-masing.Cabaran ini merupakan  cabaran yang memerlukan daya pernafasan yang baik.Ini merupakan salah satu antara cabaran yang paling disukai…



Gaya Profesional di tunjukan oleh The Specialist (Aku lerr tuhh..hehehe)



THE TRACKER (SKIL dan GAYA TERSENDIRI..entah bila masa dan dimana dia belajar entah..)


THE ANCHOR ( Puhhhh...dah kena dah..dah kena dah...alamak penjaga station pulak kena sumpit...)


THE ROCK (weiiii..weiii..weiii..jangan dikulum bang,ingat straw ker ape..tiup daaaaa....)


Tamat Cabaran Pertama dengan anak sumpit melekat kukuh dipapan..


2. DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with RAINFOREST – Now,the net lives on your phone..
Cabaran ini memerlukan setiap pasukan mendengar dengan teliti setiap patah perkataan yang keluar dari mulut penjaga station sebenarnya.Ini adalah kerana jawapan bagaimana untuk menyelesaikan cabaran ini telah disebut cuma kitaorang tak terpikir, idea nak buat cabaran nie timbul lambat…



Empat handphone digunakan pun lambat..adeyyyy


3. DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with MADI GRAS – so you think you can dance..
To be honest “DISSAPOINTED” tetapi Team D’STAR tetap lakukan jua walau berat mata memandang berat lagi bahu kami memikul. Tanpa ada pengalaman menari Team tetap cuba melakukan yang terbaik walaupun dalam erti kata “menari” lebih kepada senaman.hehehe..pengambaran tarian tidak dapat dilakukan diatas sebab tidak dapat dielakkan kerana semua team kena menari…



LUAR LOKASI MARDI GRAS UNTUK SESI - so you think you can dance..

4. DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with DIGI – one o’clock,two o’clock, three o’clock…ROCK

DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with DiGi - one o'clock,two o'clock,three o'clock..ROCK!
Sesuai dengan ayat terakhir..tugas ini diberi kepada THE ROCK..kepantasan jari jemari beliau memang mengagumkan untuk Digi Music Challenge hingga nak tangkap gambar pun tak sempat..tengok-tengok dah abis..sebelum ini masa banyak terhabis di station SWATCH kerana idea untuk berlakon tak timbul-timbul..



The ROCK tetap setia dengan laptop beliau walau macam mana atau dekat mana sekali pun (sekitar kawasan swatch kemudian switch ke DiGi)

Mehhh..mehhh..gi DiGi Station..idea buntu nie wehhhhh..

DiGi Station sempat tangkap gambar banner sahaja disebabkan The Rock berjaya menyelesaikan cabaran dalam waktu singkat


 
5. DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with QUICKSILVER – “SuperModelYou”….
Hahh..ada bakat Team D’STAR dalam arena modeling nie..buat sesiapa yang ingin menempah ahli D’STAR sila hubungi segera kerana jadual mungkin akan padat selepas ini disebabkan tempahan bertalu-talu dari syarikat yang berminat untuk menjadikan Team D’STAR menjadi model syarikat mereka..mari..mari..mari..tempahan boleh dibuat melalui online booking….cukup seronok kerana cabaran dapat dibuat dalam masa yang singkat….



 



6. DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with CELEBRITY FITNESS – Likely Average Speed
Betul-betul menguji stamina.Terserempak jaguh-jaguh dari Team REDNARA...tergelak dalam hati melihat beautifulnara tercunggap-cunggap berlari (HA..HA.HA.HA).



The "SEMPUTMAN"..hehehehe


Aksi redmummy dan member membuat larian santai.Sempat posing lagi(nasib baik tak bawak beg make-up sekali..kalau tak mesti touch up punyerr..hehehe).



Sirman “The IRONMAN” gaya ada..(mula-mula jerr..hehehe..pastu tercunggap-cunggap gak). Finishing bergaya buat pecutan disaat-saat akhir..


Juara Sekolah larian merentas desa sabar menunggu giliran... 


Dianggarkan berkilo-kilo lemak telah kehilangan dalam cabaran di CELEBRITY FITNESS.Umpama berlari dari siang hari hingga ke malam hari...Larian dimula dengan pantas sehingga saat akhir terasa gelap macam nak malam ( rupa-rupanya nak pitam…).Team D’STAR telah melakukan yang terbaik untuk acara ini..kalau kalah pun mungkin kena refer kepada photofinish… Bila tiba giliran Team D’STAR baru tahu kenapa muka bro beautifulnara seksa semacam,rupa-rupanya mememang seksa wehhhh…PENAT TERAMAT SANGAT!!!!


7. DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with IT’S A HIT! BATTLING CAGES – It’s a Home Run.

Disebabkan masa teramat singkat dan terpaksa menunggu giliran,Team D’STAR telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan cabaran ini, Lagi pun kecederaan telah dialami oleh saya (The Specialist disaat akhir menyebabkan terganggu sedikit cabaran seterusnya)

Kecederaan yang menyakitkan...(melecet wehhhh)


8. DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with SWATCH – “Lights Camera Action”
Cabaran terakhir..Lakonan agak mantap bagi kategori ini kerana masing-masing ada watak tersendiri. Idea larian bersahaja timbul disaat akhir (disebabkan kepenatan kut..)..Mungkin ada harapan untuk mengondol anugerah filem iklan terpendek dalam apa-apa anugerah yang dipertandingkan diMalaysia mahupun dimana-mana.


D'STAR Super DiGi INTERNET Nice SWATCH



Keseluruhan perjalanan memang mencabar dan tak sangka Team D’STAR berjaya melakukan hampir kesemua cabaran. Yang jelas dan yang penting “KERJASAMA”(TeamWork) adalah kunci segala-galanya. Banyak pengalaman yang berguna dalam “DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE” ini , contohnya KEYAKINAN,KEPERCAYAAN terhadap rakan-rakan untuk menjalankan tugas masing-masing dan setiap ahli cukup bertuah kerana dapat turut serta dalam cabaran ini kerana sesungguhnya ia merupakan aktiviti yang begitu menyeronokkan hingga terlupa penat lelah seketika….Buat Team D’STAR..gua bertuah memilih kamu semua “WELL DONE GUYS” harap kita dapat bersatu lagi pada cabaran-cabaran yang akan datang…







5 comments:

  1. ARC - re-submit bro..hari tuhh punyer buat last minute dengar citer nuffnang kata closing date tengahmalam 12..gua hantar balik...

    Sharinginfoz - uihhh..nak cakap pun susah wehh..best..ramai gak blogger dijumpa..

    ReplyDelete
  2. bro... gambar menyumpit tu mmg asli laa. almaklumlah memang berasal dari bumi kenyalang kan. mesti dah bese menyumpit nih ek... hehhe

    ReplyDelete
  3. cehh..mentang-mentang kita orang sarawak..kita tak biasa daa..selalunya orang iban atau kaum lain yang menyumpit daa..kita melayu sarawak mana reti...hehehe..anyway pi tengok gambo phatgurl ada dalam nie..yang tengah mengeluh tuhh.."bila nak start wehhh...".hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails