10 January 2010

CONTEST DiGi

For everyone info posting nie dibuat last minute due to teknikal error so saya resubmit entry yang asal untuk blog contest yang telah saya siapkan terdahulu dalam post baru.Harap Maklum...

8 Cabaran perlu ditempuhi itulah cabaran yang bakal dihadapi oleh semua peserta dalam peraduan  "DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE. Pertandingan berlangsung di MARDI Gras @ 1Utama dan TEAM D'STAR adalah salah satu pasukan yang terpilih untuk berentap didalam pertandingan ini. Team D'STAR telah di wakili oleh THE SPECIALIST - JAI,THE TRACKER - MIE, THE ANCHOR - EYRIQAZZ dan THE ROCK - ARC



TEAM D'STAR (Digi STAR)

Pendaftaran bermula sekitar pukul 2.30 dengan orang berpusu-pusu mendaftarkan kumpulan masing-masing. Cukup meriah dengan pelbagai rupa team blogger dengan nama tersendiri masing-masing.


Team D'STAR dengan bersemangat telah mendaftar agak lewat sedikit atas masalah teknikal seperti susah nak dapat parking kereta,sesat mencari lokasi pendaftaran dan pelbagai lagi alasan yang boleh diterima. Walau bagaimana pun Team D'STAR telah sempat mendaftar kumpulan dimana Team D'STAR telah di beri nombor Team 20. Sebelum mendaftar terserempak dengan satu team yang agak-agak terkenal jugak iaitu Team RedNara (dalam hati..ekelah..buleh makanlah team nie..hehehehe)


SESI MENGISI BORANG PENDAFTARAN


SEBAHAGIAN TEAM REDNARA dgn SORANG WAKIL TEAM D'STAR

Selepas selesai proses pendaftaran sesi taklimat mengenai cabaran dan peraturan dari pihak penganjur telah berlangsung dengan cukup ringkas tapi padat.


PERATURAN


GOAL - kena score goal kerr..hehehe


8 CHALLENGE STATION


PARA PESERTA TERUJA SEBELUM PERTANDINGAN



THE "TAUKEY" - MENDAPAT SOKONGAN PADU DARI SEMUA TEAM

Perjalan cabaran bermula......

Persiapan awal sebelum keluar dari lokasi bermula iaitu MARDI GRAS telah dimulakan dengan THE ANCHOR sempat membuat analisa carta /brosure sebelum keluar berjuang...



DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with RAINFOREST - bulls eye!!
Cabaran yang mula-mula sekali Team D'STAR ambil. Agak susah pada mula tapi nampak mudah..tetapi Team D'STAR telah melakukan sumpit terbaik diperingkat ini dengan skil tersendiri masing-masing


GAYA PROFESIONAL THE SPECIALIST (Aku ker nie..hehehe)


THE TRACKER (SKIL dan GAYA TERSENDIRI..entah mana dia belajar)


THE ANCHOR ( Puhhhh...dah kena dah sekor burung...)


THE ROCK ( mmummummumm..macam nak ditelan sumpit tu..)


TAMAT CABARAN PERTAMA

DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with RAINFOREST - "Now the net lives on your" phone..
Cabaran ini kalau diikutkan senang kerana jawapan telah diberi secara diam-diam oleh penjaga station,cuma telinga Team Kena Awas. Agak lama juga memikir macam mana nak pecah kod pada kertas soalan,tetapi berjaya akhirnya..


EMPAT HANDPHONE PUN TAKLEH...

DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with MARDI GRAS - so you think you can dance...
Hampeh...sedeyy kerana Team D'STAR hanya mampu buat yang terbaik masing-masing. Pengambaran tidak dapat dilakukan kerana atas sebab-sebab tak dapat dielakkan (lagi pun malu wehhhh...Menari serupa bersenam..hehehe)


LUAR LOKASI MARDI GRAS UNTUK SESI - so you think you can dance..

DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with DiGi - one o'clock,two o'clock,three o'clock..ROCK!
Sesuai dengan ayat terakhir..tugas ini diberi kepada THE ROCK..kepantasan jari jemari beliau memang mengagumkan hingga nak tangkap gambar pun tak sempat..tengok-tengok dah abis..sebelum ini masa banyak terhabis di station SWATCH kerana idea untuk berlakon tak timbul-timbul..


SEKITAR KAWASAN SWATCH...SEBELUM KE DIGI STATION


JOM-JOM PEGI DIGI STATION....


DiGi STATION (Sempat tangkap banner jerr...)

DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with QUICKSILVER - "SuperModelYour".....
Cabaran yang mungkin akan mengubah Team D'STAR menjadi model sambilan. Cukup bersahaja dengan gaya tersendiri masing-masing. Buat sesiapa yang berminat untuk mengambil Team D'STAR untuk menjadi model,sila tempah sekarang kerana tempahan bakal penuh sikit hari..tempah boleh dibuat melalui online booking..mari..mari..mari...





DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with CELEBRITY FITNESS - Likely Average Speed...
Perghhh..cabaran paling berat ada disini. Terserempak dengan Team REDNARA dengan beautifulnara tercunggap-cunggap menghabiskan larian (tulah...tak pegi pernah pegi excercise ambik kau..hehee). Selepas Team REDNARA selesai baru tiba giliran Team D'STAR. Bermula dengan baik tapi akhirnya semput ditengah jalan..patutlah muka si NARA semacam jer tadi rupa-rupanya PENAT WEHHHH






DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with ITS A HITS BATTLING CAGES - Its a Home Run..
Atas sebab kesuntukan masa dan tidak mahu mengambil risiko membuang masa,Team D'STAR telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan cabaran ini kerana Time is precious so better we go back to SWATCH...lagi pun kaki THE SPECIALIST injured (kesian aku...)


CEDERALAH PULOK....(melecet sihhh...)

DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE with SWATCH - Light,Camera,ACTION....

Team D'STAR telah mengambil keputusan untuk kembali kepada Cabaran di SWATCH setelah mendapat ilham sambil berlari..cukup berbakat untuk menjadi pelakon iklan Team D'STAR nie..Bakal mengondol anugerah pelakon iklan terbaik dalam pertandingan apa-apa pun anugerah...

D'STAR Super DiGi INTERNET Nice SWATCH


Keseluruhan Cabaran DIGI INTERNET PIMP MY DAY CHALLENGE amat berharga sekali bagi Team D'STAR kerana ia menguji KESABARAN,KETAHANAN MENTAL dan yang paling penting KERJASAMA. Saya rasa amat bertuah berada didalam pasukan ini kerana komitment dan kerjasama yang baik sekali dan diharap kita akan bergabung lagi dikemudian hari..."WELL DONE GUYS"...




3 comments:

  1. Eyriqazz - Ahaks..ahaks..ahaks..abih engko apa kurengnyer kenakan aku...

    Rabiatul - Memang best..wah..wah..wah..bersemangat team you dengan si Mel Romeo tuh..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails