03 January 2010

2010 MERIAH DENGAN MEREMPIT - PART 2

Apa nak jadi dengan budak-budak rempit sekarang..yang jelas pengalaman malam 01/01/10 merupakan pengalaman pertama kali saya menonton mat-mat rempit berlumba atas jalanan sekitar pekan kapar,selangor. Terdapat seorang mat rempit dilanggar oleh kereta peronda (sekadar menjatuhkan motosikal  bila seorang mat rempit cuba melarikan diri) tetapi tiada kecederaan berlaku. Yang sedihnya tiada tangkapan dilaku (Mungkin disebabkan kehadiran geng-geng mat rempit lagi ramai berbanding kereta peronda sebuah sahaja) tindakan ini dibuat mungkin atas keselamatan diri anggota yang bertugas.

 Mat rempit kelihatan mengangkat motosikal selepas dilanggar



Pergaduhan juga berlaku semasa sesi berlumba-lumba..tetapi hanya untuk seketika. Dari apa yang dapat saya lihat perlumbaan ini merupakan perlumbaan seumpama perlumbaan 1 malaysia dimana 3 kaum terbesar dimalaysia beraksi iaitu Melayu, India dan Cina..Diharap tahun-tahun akan datang pihak berkuasa dapat menumpukan perhatian terhadap masalah ini kerana ia melibatkan kenderaan lain yang mahu balik kampung dan sebagainya.


Sebahagian Suasana ketika dimalam 01-01-10 - anak panah menunjukkan penonton2 geng rempit






Buat kaki rempit, sudah-sudahlah merempit tak tentu hala, bukannya dapat apa pun selain dari bala, baliklah ke pangkal jalan,masih ada orang sayang kamu.....

6 comments:

  1. ni rempit kat mane ni???mcm meriah je..hehe

    ReplyDelete
  2. SATU KEPUASAN BG MAT REMPIT
    MCMLA XDA BNDA LEN LEH WAT

    ReplyDelete
  3. JAI,ARC berminat nak join team kita (ala,mamat yg famous juga di gengblogger tu)..dia ada benda nak tanya lagi,ko contact dia ble?Ni e-mail dia:

    arc.fan13@gmail.com

    ReplyDelete
  4. tengokla audience diorang bape ramai... manerla diorang tak syok nak merempit... gejala ni mmg susah nak banteras.

    ReplyDelete
  5. JAI,ada seorang lagi berminat...Sweetdarling,mother of three..dia ada semua brg2 yg diperlukan,blog dia pun nampak menarik...Ko contact la dia ya kalau nak ambil dia jadi member..aku tak kisah sesiapa pun...keep an option open..

    http://sweetdarling79.com/

    ReplyDelete
  6. Secret - Lokasi KAPAR, Klang Selangor..takyah nak turun KL kalau nak tengok budak-budak merempit

    Amirah - Tulah pasal..apa nak jadik diaorang nie

    Bro Eyriqazz - Settled

    Phatgurl - Itulah..polis pun tengok sekaki..buat roadblock letak Kon kat tengah jalan diaorang buleh lumba lagi..kereta peronda diaorang main-mainkan..adeyyy

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails