Congratulation to theeggyolks of their winning entry for the Perodua Alza Video Contest. They've won GRAND PRIZE - LCD and a Home Theatre Set worth RM5,000 WOWWW...i think everyone should see their winning entry..very interesting,creative,funny and make everyone smiles...Wa Caya Sama Lu Bro.........
31 December 2009
30 December 2009
DiGi Internet brings you the Pimp My Day Challenge
D'STAR combination of short form from the SPECIALIST,the TRACKER,the ANCHOR dan the ROCK. We are the best in TOWN and super talented people. Never say Never is our motto. It is a losses if the organiser not to choose us because we are one of the dream team with full of friendship. So why have to wait...sent us the invitation right away because we are D'STAR always EVEREADY EVERYWHERE AND ANYWHERE..
Mission Completed..D'STAR (Digi STAR) Warrior ready to ROCK..with latest Member Hang ASFAN..
1. AZHAR RAMLI
4. ASFAN
29 December 2009
2ND INFORMASI MENGENAI DIGI INTERNET, PIMP MY DAY
Mencari rakan-rakan nuffnang untuk join DIGI INTERNET,PIMP MY DAY contest..tempat terhad.
Sedikit info menarik contest ini :
Yang pasti konsep pertandingan adalah mencari HARTA KARUN
HADIAH kepada 3 pemenang teratas adalah :
1st prize – Personalized laptop + Speaker + Modem + Headphones
2nd prize – Router + External hard drive + Headphones + Modem
3rd prize – Modem + External hard drive
2nd prize – Router + External hard drive + Headphones + Modem
3rd prize – Modem + External hard drive
dan menariknya…..
4 bloggers from the winning team will each win a brand new laptop along with other prizes! The same goes for the second and third prize!
Setiap kumpulan diwajib membawa barang berikut :
- Laptop
- Camera (Video compatible)
- 3G Phone
- Cables (to transfer files)
- Camera (Video compatible)
- 3G Phone
- Cables (to transfer files)
Syarat-syarat untuk melayakkan kumpulan dipilih adalah :
1. Team up! Find yourself 3 other Nuffnangers to take part in this challenge.
2. Send an email to digipimpmyday@nuffnang.com with the name of your team (make it as creative as possible), all 4 bloggers’ full name, email addresses and blog URLs.
3. In the same email, you’ll also be required to submit a video and/or photo of your team’s ‘War Cry’ telling why you wanna take part in “DiGi Internet Pimp My Day” in it Contoh seperti dibawah.
Tempat dan Tarikh Pertandingan:
Date: 9th January, 2009
Time: 4pm till late
Venue : Mardi Gras @ 1 Utama
Time: 4pm till late
Venue : Mardi Gras @ 1 Utama
DIGI INTERNET !! JOM PIMP MY DAY
Tengah cari sapa-sapa nak join especially member-member nuffnang..jom join nak?? Hadiah Menarik wooo...cepat tengah carik geng nie...kalau nak join cepat bagitahu saya..bro eyriqazz..jom join sekaki gua punyer group nak??? Sila gi website nuffnang for further info...
Hadiah menarik wooo...cepat..cepat..cepat jangan terlepas
Hadiah menarik wooo...cepat..cepat..cepat jangan terlepas
Sudah kena Tag Pulok!! "ABOUT HER"
Entry ni dibuat selepas Tuan Besar Eyriqazz menge”TAG” saya..nak tak nak saya cuba-cuba jawab gaklah yerr…adeyyy..first time kena “TAG”..hope terjawablah segala persoalannyer....
1. First time you met her - when and where?
Tahun 1991- Semasa aku memegang title pelajar UiTM Cawangan Sarawak
2. Love at first sight?
Tahun 1991- Semasa aku memegang title pelajar UiTM Cawangan Sarawak
2. Love at first sight?
Yupp Luv at first Sight,semasa UiTM Sarawak sibuk buat preparation 1st Konvo kat UiTM Semariang,Sarawak.
3. Who is she when the first time you met her?
She was my junior..budak freshies time tuh..mula-mula jumpa nampak gelap (biasalah kena masuk kesatria..berjemurlah yer..hehe)
4. How long does it takes for her to ask you out for a date?
Dia tak tanya..saya sendiri tanya, that is a week lepas kenal..
5. First place dating?
UiTM Cawangan Semariang,Kuching,Sarawak.
6. How she proposed?
Sorry yang nie tak ingat..biarlah rahsia kata Dato’ Siti
7. Special date with her?
Special date masa Hari Raya diSarawak (sebelum marriedlah yerr),my wife datang ke Miri selepas mendapat kebenaran dari mother-in-law….
8. Changes that she asked you to do?
Quit Smoking..till now tak quit-quit..sorry dear..
9. What is about her that you love so much?
Happy Go Lucky…
10. What is about her that you wish she would change?
Uihhh..yang nie biorlah aku cakap depan2 dengan orang umah aku…takyahlah engkorang semua tahu yerr..hehehe
11. You lose your mind and crack your head when she?
Bersyarah panjang sambil mengungkit…waduhh..macam kat dalam iklan..aduhh pening kepala ku…
12. You will smile through your eyes for the whole day when she?
Bila muka tak masam,monyok dan tak membebel
what can I say..my love towards my wife tak dapat diukur..dialah isteriku yang ku cinta,ibu kepada anak-anakku dan teman sepanjang hayatku..luv you sayang…
Cehhhhhhhh…tak buleh jadik nie..kena cari mangsa seterusnya..kepada yang kena tag..jawablah sejujur-jujurnya..tak boleh jujur, separa jujur pun takpe..hehehehe..
Ingat nak tag orang yang lom kenal dengan yang dah terkenal (Agak-agak diaorang jawab tak?? Tunggu jelah ek)
Mereka-mereka yang bertuah kali ini :
28 December 2009
BLOG KOMUNITI TERBARU PTT (PUSH TO TALK) - DENGAN RASMI DILANCARKAN
** Dengan ini secara rasminya blog komuniti SELANGOROJE beroperasi sepenuhnya..harap rakan-rakan blogger dapat memberi komen agar saya dapat meningkatkan prestasi blog ini..terima kasih
Tunggu kemunculan satu lagi blog terbaru dari saya menggantikan blog yang sedia ada sekarang iaitu selangoroje1.blogspot.com. Blog ini merupakan blog persahabatan dimana komunitinya terdiri dari para pengguna talipon bimbit yang menggunakan rangkaian PUSH TO TALK dari Maxis.
Tunggu kemunculan satu lagi blog terbaru dari saya menggantikan blog yang sedia ada sekarang iaitu selangoroje1.blogspot.com. Blog ini merupakan blog persahabatan dimana komunitinya terdiri dari para pengguna talipon bimbit yang menggunakan rangkaian PUSH TO TALK dari Maxis.
Rakan PTT seluruh Malaysia dapat dihubungi hanya dengan mengaktifkan rangkaian Push To Talk ini. Sesuai dengan slogan kata Persahabatan Tanpa Sempadan maka terbentuklah komuniti SELANGOR OJE yang diasaskan oleh rakan dari selangor dan tiada had kepada sesiapa saja yang berminat untuk menjadi rakan PTT dalam channel ini. Sekiranya anda merupakan rakan yang mempunyai rangkaian PTT sila hubungi nombor ini untuk mendapat channel PTT SELANGOR OJE dinombor berikut 012-2474401 – jaibon. Channel akan dihantar secepat mungkin bergantung kepada kesesuaian masa empunya talipon.
Tunggukan kehadiran Blog Komuniti PTT yang terbaru dari saya tidak lama lagi…
TAHNIAH GENG KAKIKAYUH
Tahniah buat Kakikayuh Crew atas kejayaan membuat kayuhan pada Monsoon Ride 2009 di Gambang Pada 27-12-09. Teruskan berkayuh untuk kesihatan. Buat sesiapa yang berminat nak join mereke bolehlah layari website rasmi geng kakikayuh disini : KAKIKAYUH.
Sedikit informasi berkenaan geng kakikayuh:
Kakikayuh Cycling Club telah ditubuhkan pada akhir tahun 2007 di bawah pokok mata kucing di hadapan rumah tuan penasihat. Ilham untuk berkayuh ini telah dicetuskan oleh tuan penasihat memandangkan tiada aktiviti riadah yang dijalankan secara berterusan. Kakikayuh Cycling Club pada awalnya mempunyai pelbagai nama dan hanya mempunyai 5 orang ahli.
Nama "Kakikayuh" adalah idea spontan tuan penasihat sempena kayuhan Klang-Ipoh pada 7 Februari 2009. Kini, Kakikayuh Cycling Club telah mempunyai ahli berjumlah 20 orang yang diterajui oleh tuan penasihat seumur hidup.
Antara Jentera Geng Kakikayuh yang mengharungi Monsoon Ride 2009 di Gambang:
Tahniah sekali lagi....
BEGITU MUDAH NYAWA MELAYANG....
Baru pagi sabtu hari tu iaitu pada 26hb disember sekitar jam 10.00 ke 11.00 pagi lalu depan Wisma Sani Express kat Klang Sentral. Terdetik dalam hati berasa bangga kerana seorang jutawan telah dilahirkan.
Namun bila terlihat bulletin Utama 1.30 tengahari di TV3,meremang bulu roma bila tragedi kemalangan Sani Express terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, lapan kilometer dari Plaza Tol Ipoh Selatan. Seramai 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah , Ngeri sungguh..Apa taknya..ini antara petikan dari akhbar utusan tentang laporan kemalangan antaranya:
“Nahas ngeri tersebut menyebabkan ada di antara penumpang putus kepala serta beberapa anggota badan lain”
Mana silapnya??? Yang jelas dari laporan mengatakan pemandu terlelap. Jelas dan nyata. Silap memang dah sah silap pemandu terlelap. Mengapa perkara ini harus berlaku..soalan ini sepatutnya pihak syarikat bas perlu jawab. Ada pendapat mengatakan penumpang bas seharusnya bersikap lebih berjaga-jaga dan tanpa segan silu menegur pemandu bas yang yang ada ciri-ciri yang akan mengundangkan bahaya kepada penumpang..entahlah berbagai langkah telah diambil perkara sama tetap berulang..
Apa yang ingin saya suarakan disini ialah..begitu mudah nyawa melayang dan seharusnya menjadi iktibar kepada syarikat-syarikat bas agar lebih perihatin terhadap keselamatan para penumpang. Harapan saya agar pihak berkaitan terus mengambil langkah-langkah yang lebih ketat lagi moga tiada nyawa harus dikorbankan.
Al-Fatihah buat para penumpang yang terkorban....
24 December 2009
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga dikenali sebagai Masjid Besi yang terletak di Presint 3, Putrajaya merupa mercu tanda kebanggaan bukan hanya bagi penduduk di Wilayah persekutuan Putrajaya malah menjadi satu kebanggaan bagi semua rakyat Malaysia.
Pembinaan Masjid ini bermula sekitar April 2004 dan siap dibina pada Ogos 2009 dan telah dibuka pada hari jumaat, awal ramadhan 1430H. Kumpulan Senireka Sdn. Bhd telah diberi tanggungjawab sebagai arkitek untuk Masjid ini.
Senibina tercanggih..
Fakta Menarik tentang masjid ini.
Struktur bangunan terdiri dari besi keluli seberat 6000 tan bersamaan 70% dan selebihnya adalah konkrit.
Sistem Pengudaraan yang menarik dengan menggunakan gas district cooling atau GDC selain berkonsepkan sistem pengudaraan terbuka.
Seni reka berlandaskan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport khas dari Jerman dan China
Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma Ul Husna menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran dari Surah Al-Israa’ ayat ke-80.
Reka bentuk dari dalam Kubah dan dalam masjid cukup menarik
Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.
Pemandangan dari dalam dalam masjid jelas kelihatan jambatan putrajaya..cukup Indah sekali..
Keseluruhannya saya cukup berbangga dan bersyukur kerana Masjid ini begitu indah dan menawan penampilannya. Terasa cukup khusyuk menunaikan solat dimasjid ini. Kepada sesiapa yang belum pernah pergi ke Masjid ini,anda pasti akan terpegun dengan karya manusia dari ciptaanNYA.
D.J. NANA FROM MIRIFM
Blog ini dicipta khas buat adikku tersayang Azlina Ramli. Moga terus berjaya sebagai seorang D.J. terkenal satu hari nanti. Kepada rakan-rakan blogger harap dapat membantu dan memberi tunjuk ajar kepada beliau kerana beliau masih baru dalam arena blogging ini. Suara beliau boleh kedengaran secara online melalui internet dengan melayari MiriFM. Last but not Least..HAPPY BELATED BIRTHDAY GIRL....
21 December 2009
Kumpulan HUJAN - Mantap buat persembahan Live
Buat pertama kalinya saya telah dapat menyaksikan satu persembahan hebat dari kumpulan yang tak asing lagi diMalaysia iaitu Kumpulan Hujan di the MIST bangsar. Kumpulan HUJAN ini telah bertapak di Malaysia sejak dari tahun 2005 dan nampaknya semakin mantap sehingga sekarang.
Apa yang ingin saya ceritakan disini ialah berkenaan dengan penyanyi HUJAN iaitu Noh. Saya sempat bersembang dengan beliau sebelum kumpulan beliau membuat persembahan dan saya berasa amat berbangga sekali kerana anak jati Sarawak dari Miri (Tempat kelahiran saya) telah berjaya mencipta nama dalam arena musik.
Cukup peramah dan kelakar orangnya dan kepala ngam. Apa yang boleh saya katakan beliau seorang yang cukup menghiburkan dan tidak sombong walaupun boleh dikategorikan antara artis yang begitu popolur. Saya harap beliau dan kumpulan beliau akan terus berjaya dalam karier mereka dan dapat membanggakan semua orang dengan musik mereka yang tersendiri.
Sebahagian dari aksi kumpulan Hujan semasa membuat persembahan. Cukup bertenaga dan musik mantap..
Aksi Noh Hujan ketika mendendangkan lagu aku skandal..suara memang ada kelas ketika membawa lagu secara Live...
Superb Performance from HUJAN,Good Music and Powerrr...
Mister Potato Fiesta Party 2009
Tanggal 19.12.09 merupakan tarikh yang bermakna sepanjang karier saya berblogger(baru beberapa bulan..hehehe) sebab pada malam itu merupakan kali pertama saya menghadirkan diri ke majlis yang dianjur bersama diantara Nuffnang dan Mister Potato. Kehadiran atas jemputan khas untuk peraduan Mister Potato Contest. Walaupun tidak memenangi apa-apa hadiah,saya cukup berpuas hati sebab dapat berjumpa dengan rakan-rakan blogger dan yang bestnya dapat jumpa gua punyer Teacher “Great Teacher Onizuka” dan kembar Salleh Yaakob bro Sirman @ hubby Redmmumy.
Suasana semasa pendaftaran untuk Mister Potato Fiesta 2009 di Mist Club,Bangsar.
Dengan Sirman@hubby Redmummy,peramah bangatt dan sebelah lagi yang tak kelihatan wajah..hanyalah key dan topi tuh bro eyriqazz@iman..sorry bro gambar hang nampak separuh jerr kamera hp murah bro..hehehe.
Gaya ala-ala koboi mexico pakai baju kotak-kotak dari bro eyriqazz@Iman bergandingan dengan isteri tersayang.. mana kudanya bro..hehehe
Tak berkesempatan nak ambik gambar dengan RM sebab ramai sangat peminat nak ambik gambar dengan beliau. Saudara beautifulnara juga kelihatan pada malam itu. Cukup peramah sama macam Bro Eyriqazz dan Bro Sirman. Suasana happening sampai saya sendiri pening. Banyak ambik gambar pakai HP kamera tapi banyak gambar kurang jelas.
gambar kurang memuaskan tapi nak publish gak..kelihatan beautifulnara dan sirman entah apa yang disembangkan sampai terteleng-teleng beautifulnara dibuatnya.
Malam itu di meriahkan lagi dengan persembahan dari kumpulan Hujan (akan saya ceritakan pada post yang lain) dengan persembahan mantap.
Malam memang meriah dengan pelbagai acara seperti cabutan bertuah,penyampaian hadiah , pertandingan tarian dan macam-macam lagi. Keseluruhannya memang puas hati dan dengan ini saya ingin mengucapkan tahniah buat staff-staff Nuffnang kerana menganjurkan fiesta dengan meriah sekali. Tahniah.
17 December 2009
Gengblogger - "Satu Komuniti Untuk Semua"
Bakal Mengegarkan komuniti blogger dimalaysia…terima kasih kepada bro eyriqazz atas info mengenai blog ini.Apa lagi,inilah masanya untuk mengasah ketajaman kreativity setiap blogger dan tak terkecuali diri saya sendiri. Untuk anda yang ingin mencuba jangan lupa untuk turut serta dalam pertandingan yang dianjurkan oleh gengblogger Mana tahu rezeki takkan kemana..
Sesuai dengan nama website ini sendiri iaitu gengblogger.com mencerminkan komuniti bagi blogger untuk mengenali blogger lain selain salah satu cara untuk mendapat traffic sebanyak mungkin. Oleh kerana itu tagline yang bagi saya sesuai untuk website ini dan ciptaan saya sebagai blogger yang baru adalah “Satu Komuniti untuk Semua”
Apa yang boleh saya perkatakan tentang website ini ialah, begitu mudah untuk mendaftar dan mudah difahami. Rekaan generasi muda sesuai untuk semua peringkat umur.
Sebagai tanda persahabatan dari saya sebagai blogger yang baru merangkak design ini saya tujukan buat pengasas gengblogger kerana telah berjaya membentuk satu komuniti yang akan memeriahkan arena blogger di Malaysia..Tahniah..bukan kemenangan yang dinanti tanpa persahabatan yang dicari....All the best guys..
16 December 2009
Kuala Lumpur World Marching Band Competition 2009
Semalam punyer cerita…after office hours..pikir punya pikir elok balik lambat pasal jalan sure jammed punye disebabkan ada “Opening Ceremony Street Parade” Untuk KLWMBC09 (Kuala Lumpur World Marching Band Competition 2009) kat area bukit bintang. Jalan ditutup start pukul 6ptg hingga 12mlm sekitar Jalan Bukit Bintang,Jalan Sultan Ismail dan Jalan yang sewaktu dengannya..Kepada sesiapa yang suka dengan acara-acara sebegini anda boleh layari blog rasmi diaorang di http://www.klwmbc.com/index.html
So semalam petang buat last minute decision pegi tengok camner band-band nie buat performance. On the way tetiba hujan pulak turun daaa, apa lagi lari bak pecutan Carl Lewis dibuatnyer..nasib baik tak tersungkur..at last lepak ronda-ronda dalam bukit bintang dulu dan bila hujan dah reda baru pegi pavillion tengok band-band who take part buat preparation. Tak tengok sampai abis pun, Cuma sempat tengok diaorang dibelakang tabir sebelum pertandingan..overall memang 1st class..suka bunyi rentak dan tarian band diaorang especially band dari VI (Victoria Institution) dengan class mereka yang tersendiri…
Orang ramai sekitar Jalan Bukit Bintang dan berhampiran Pavillion...pehning..pehning..ramai sangat orang..
Sebahagian pasukan pancaragam sedang membuat persiapan berhadapan KL Plaza..they do have style...
Pasukan dari Victoria Instituition sedang membuat latihan sebelum pertandingan..cukup menarik..tak sempat tengok parade sampai abis sebab takut lewat balik rumah..apa-apa hal memang puas hati tengok diaorang buat rehersal..
15 December 2009
SESAK..SESAK..SESAK..
Pagi-pagi pegi kerja perkara yang paling merunsingkan saya adalah kesesakan lalulintas terutama jalan selepas dari Tol Subang melalui jalan kelab golf subang ke Kuala Lumpur melalui jalan FEDERAL HIGHWAY. Dah bertahun melaluinya semakin bertambah-tambah sesak. Apa yang saya perasan,keadaan bertambah sesak bila pembukaan Flyover Subang..masak-masak. Sampai bilalah masalah nie nak selesai???
Ada gak mintak pendapat dari forumer dari forum lowyat berkenaan masalah kesesakan ini dan respon begitu menggalakkan dan cukup berterima kasih atas kerjasama diaorang. Apa yang boleh saya katakan disini berpandukan pandangan dan pendapat forumer,majority masalah berpunca dari pengguna jalan raya itu sendiri.
Sikap pemandu Malaysia kalau ikutkan saya boleh dikategorikan sebagai yang terburuk didunia. Entah mana silapnya tapi apa yang ingin saya perkatakan disini ialah “People don’t change but what can change is the thing that they do”. Harap para pemandu di Malaysia dapat mengubah cara pemanduan mereka demi kebaikan bersama..paling tidak pun bila mintak beri laluan angkatlah tangan menandakan ucapan terima kasih kepada pemandu lain (itu yang saya selalu praktikkan dan ia memang berkesan)….
JALAN MENUJU JALAN BUKIT BINTANG.
Akhir kata hormatilah pengguna lain dan hati-hati memandu dan ingatlah mereka yang tersayang..
Subscribe to:
Posts (Atom)










