28 January 2012

Hadiah Yang Dimenangi Memiliki Ciri-Ciri Yang Tersendiri Terima Kasih Sharinginfoz


Alhamdulliah Hadiah dari Sharinginfoz atas kemenangan Giveaway Wang Baharu telah diterima melalui Pos Laju. Rezeki jangan ditolak. Walaupun Nilai atas kertas Nampak Kecil namun nilai seni amatlah tinggi. Terima Kasih kepada Abe Sharinginfoz atas hadiah yang tak ternilai ini.

LAJU DENGAN POSLAJU

AKHIRNYA MENJADI MILIKU UNTUK GENERASIKU

Bila wang kertas baharu keluar iaitu sekitar Bulan Julai selalunya ia memiliki beberapa kelainan dengan Wang Kertas Khas ini.Itu yang menjadi satu kelebihan pada Wang Kertas Malaysia Siri Baharu ini dan ia bakal dijadikan Koleksi Khas aku untuk tatapan Generasi aku yang akan datang. Sungguh bernilai sekali.

27 January 2012

Pertama Kali Muka Masuk New Straits Times Teruja Rasanya


Muka Masuk New Straits Times kecoh petang tadi cari Suratkhabar NST. Entri Wajah Blogger Riak Setahun pun dah keluar..hehe..Isi berita tak sebut pun pasal kitaorang tapi lebih kepada Majlis yang telah kitaorang hadiri tempoh hari iaitu Majlis Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 yang cukup Awesome. Pertama kali dapat turut serta dan pertama kali muka terpampang kat NST bersama-sama blogger hebat Eyriqazz dan Kenwooi.

ANTARA WAJAH YANG TERPAMPANG DALAM NST

CLOSE UP EYRIQAZZ, KENWOOI & ME

Sesekali Masuk paper seronok gak, yelah tak pernah terpampang pon muka dalam Suratkhabar Terutama Suratkhabar English. Walaupun takde sangat cerita dalam suratkhabar tentang kitaorang tapi sekurang-kurangnya dapat ditatapi oleh generasi aku yang akan datang yang aku pernah bergelar blogger dah bukti dalam suratkhabar jelas sekali jadi takyah nak terang lebih-lebih..hehe.

Ucapan Dari Najihah Buat Aku Tersentak Seketika dan Sebak. Terima Kasih Sayang


Terus terang ucapan dari Anak aku si NAJIHAH ini membuat aku menitis mata. Memang terasa dan menyentuh perasaan aku. Insyallah Anakku sayang, Babah akan usahakan untuk berhenti. Harap jangan putus asa memberi kata-kata semangat, semoga babah dapat berhenti selama-lamanya.


Pernah cuba berhenti tapi cuma bertahan beberapa hari sahaja dan selebihnya kena demam teruk dari demam biasa. Mungkin Nikotin dah sebati kut. Displin yang tinggi diperlukan sebab aku merupakan perokok tegar. Hope one day aku dapat berhenti sepenuhnya dan dapat mengamalkan gaya hidup sihat.

26 January 2012

Gambar Ramai-Ramai Bersama Datuk Siti Nurhaliza


Kenangan Abadi dirakam. Gambar Beramai-ramai bersama Datuk Siti Nurhaliza sebagai kenangan. Tak sempat nak ambik gambar duet sebab aku kesian tengok Datuk Siti Nurhaliza berpeluh-peluh dek dikerumun oleh peminat beliau. Jadilah sekurang-kurangnya ada gak gambar kenangan. Bukan MAMAT sorang ni jer ada kenangan bergambar dengan Datuk Siti Nurhaliza, aku pun ado..hehe..

PEACEEEEEEE

Memang layan habis malam tuh dan yang gumbira dah tentu orang rumah aku yang merupakan peminat No.1 Datuk Siti Nurhaliza. Kena pulak geng Sitizoners rata-ratanya kepala ngam (tapi lom berapa kenal sangat). Aku cukup suka dengan seorang Peminat Lelaki DCT berumur 16 tahun (FAIZ) yang boleh bawak lagu Datuk Siti Nurhaliza iaitu lagu Bukan Cinta Biasa dalam rentak lagu Wonder Girls. Memang Superb.

Tabung Duit Shiling Najuma Daya Kreativiti Tersendiri


Tuh dia, dia dah mai dah dengan gelagat terbaru beliau. Tak lain tak bukan NAJUMA dengan Tabung DUIT SHILING beliau. Adoiiyai nasib baik baru darjah satu, kalo dah masuk darjah 2 tetap eja Syiling menjadi Shiling memang kena denda lepas ni. Mood menulis bukan main lagi anak aku sorang nie.

DAYA KREATIVITI TERSENDIRI (KESIAN AKU TENGOK TABUNG NI)

NAJUMA & NAJIHAH SAMA-SAMA NAKAL

Yang selalu mengajar tak lain tak bukan Kakak beliau iaitu NAJIHAH si pemalu. Masalah jugak NAJIHAH ni sebab susah nak bergaul dengan rakan-rakan satu kelas. Naik pening gak kekadang layan anak ni, tapi lambat laun mungkin ok kut. Harap janganlah si NAJIHAH buat hal macam tahun lepas.

25 January 2012

Menang Giveaway Wang Kertas Baharu @ Sharinginfoz


Akhirnya keputusan Giveaway Wang Kertas Bahru @ Sharinginfoz telah diumumkan dan Alhamdullilah aku telah mendapat tempat ke 6 dalam peraduan ini dan telah membawa pulang wang kertas baru bernilai RM1 dan RM5 yang mempunyai nombor siri yang sama sebagai hadiah. Terima Kasih tak terhingga kepada SHARINGINFOZ.


Memang tak ternilai hadiah yang dimenangi. Aku pun dah dapat Wang Kertas Baru dari Sahabat Blogger aku iaitu TOKEY WANG dan terima kasih tak terhingga atas hadiah yang telah diberikan dan kali ini rezeki bertambah lagi atas kemenangan ini. Bakal menjadi koleksi peribadi yang akan aku simpan sampai bila-bila.

Tercalon Dalam Social Media Awards 2012 | Best Educational Blog


Tercalon di dalam Social Media Awards 2012 dibawah kategori Best Educational Blog. Tetapi sebenarnya bukan blog aku tetapi blog rakan blogger aku tak lain tak bukan ABANGENSEM. Kenapalah diaorang tak buat kategori Blog Jejaka Hensem ker tak pun Blog Playbuaya..miahaha.


Apa-apa pun aku tetap memberi sokongan 110% terhadap blog beliau ini dan diharap korang pun sama. Memang blog beliau selayaknya dikategorikan dibawah Best Educational Blog sebab banyak manafaat yang dapat diperolehi (tak termasuk entri ngorat awek.hehe). Jadi jangan lupa untuk Afundi blog beliau.

Memang ramai rakan-rakan blogger yang tercalon pada kali ini. Antaranya Denaihati , Ariffshah, Mohdzaid, Beautifulnara , Cikgudahlia , OhCikgu , Rotikaya dan ramai lagi. Majoritinya aku dah VOTE. Diharap rakan-rakan blogger pun sama-sama memberi sokongan kepada rakan-rakan kita ini. Semoga berjaya hendaknya

24 January 2012

Kek Pelangi Sempena Sambutan Hari Jadi ke 33 Datuk Siti Nurhaliza


Kek Sempena Hari Jadi Datuk Siti Nurhaliza yang ke 33 menarik perhatian aku. Dari apa yang aku tahu kek ni disponserkan oleh Kakak ipar beliau iaitu ROZI tapi tak pasti sama ada ROZI yang buat atau ditempah. Cukup menarik sekali susunan warna yang berkonsepkan pelangi.

KEK DI"SPONSER" OLEH RESTORAN RESIPI SANGDEWI

KEK LAPISAN BERWARNA-WARNI

Dari pengamatan aku, aku rasa kek ini jenis Sponge Kek kut. Memang cantik dan kreatif. Aku tengok macam mudah jer buat kek ini. Aku dan orang rumah berasa cukup bertuah kerana dapat bersama menghadiri Majlis Sambutan Hari Jadi Datuk Siti Nurhaliza dan berterima kasih atas jemputan ini. Apa pendapat korang tentang kek ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails